PUTUS CINTA DENGAN SHARNAAZ AHMAD – INI LUAHAN ANIS AL IDRUS

sharPelakon dan pengacara Anis Al-Idrus memberitahu keputusannya berpisah dengan pelakon Sharnaaz Ahmad adalah jalan terbaik untuk masa depan masing-masing. Anis berkata, dia menerima perkara tersebut sebagai ketentuan Allah yang tidak dapat ditentang oleh manusia.

“Seperti yang diberitahu bahawa kami sudah berpisah sejak lima bulan lalu dan saya anggap ia sebagai tiada jodoh antara kami. Bukan senang juga untuk buat keputusan dan kami rasa ini adalah jalan terbaik setelah memikirkannya secara mendalam,” ujarnya kepada mStar Online.

Anis mengulas tentang kenyataan pelakon Sharnaaz Ahmad yang mendedahkan hubungan mereka sudah putus sejak lima bulan lalu. Pasangan ini menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun. Bagaimanapun, Anis berkata, kedua-dua mereka sudah bersetuju untuk tidak mendedahkan punca sebenar perpisahan tersebut.

“Saya tidak akan beritahu kenapa dan punca kami berpisah kerana sebarang kenyataan kami nanti akan mengaitkan keluarga kedua-dua belah pihak. Biarlah kami sahaja yang tahu dan menjadi rahsia kami,” ujarnya.

Sementara itu, Anis berkata sudah tidak berhubung dengan Sharnaaz sejak lima bulan lalu. Dia juga percaya, apa yang berlaku merupakan ujian Allah dan mempunyai hikmah tersendiri.

“Pekara ini sudah lima bulan berlaku, saya sudah baik-baik sahaja, kami ambil keputusan itu secara matang dan saya percaya Allah sudah merancang yang terbaik buat kami,” ujarnya.

0 Response to "PUTUS CINTA DENGAN SHARNAAZ AHMAD – INI LUAHAN ANIS AL IDRUS"

Post a Comment