10 Gambar Majlis Resepsi Nubhan AF6 & Afifah...

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini kerana telah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz.

Majlis yang telah diadakan di rumah kediaman Afifah Hidayah Ahmad Taufiq di kediaman keluarganya di Seremban 2, Negeri Sembilan telah berlangsung meriah dihadiri oleh rakan keluarga dan sahabat handai. Selepas 7 tahun bersulam cinta, pasangan ini telah dinikahkan oleh Hj Wan Nawang bin Hj Wan Sulong yang turut merupakan Penolong Pendaftar  Nikah Dan Cerai di Seremban 2.

Berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Hj. Ahmad Tawfek bin Zulkifly, Nubhan sendiri telah menyerahkan wang hantaran sebanyak sebanyak RM20,000 dan emas kahwin sebanyak RM1,000.00. Bukan itu saja, 5 dulang hantaran turut diserahkan manakala dibalas dengan 7 dulang hantaran dari pihak perempuan.









0 Response to "10 Gambar Majlis Resepsi Nubhan AF6 & Afifah..."

Post a Comment