8 Gambar : Lelaki maut digilis .. lori kini ancam penunggang Motosikal di KL

Lori kini ancaman yang paling tinggi kepada penunggang motosikal di Kuala Lumpur yang mana ada sahaja penunggang motosikal yang menjadi korban lori hampir setiap hari. 

Semalam seoraang lagi penunggang motosikal maut selepas digilis lori dalam kejadian di jalan Travers menghala ke Bangsar, berhampiran KL Sentral, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang tadi, mangsa berusia 25 tahun itu menunggang motosikal Kawasaki 250 dari Jalan Mahameru ke Bangsar.






Bagaimanapun, setibanya di lokasi, mangsa, Naquib Fiqri Tamrin dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan terperosok ke bawah lori yang bergerak dari arah yang sama.

egawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, akibat daripada insiden berkenaan, mangsa maut ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius di kepala dan badan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Al fatihah untuk mangsa, pada penunggang motosikal berhati-hati lah kerana anda terdedah dengan bahaya ini dan pihak berwajib harus melihat dan pantau kemasukan lori diwaktu puncak di KL - BS Credit HM, DTR

1 Response to "8 Gambar : Lelaki maut digilis .. lori kini ancam penunggang Motosikal di KL"

  1. orang di selangor/kuala lumpur bawa lori suka duduk lane tengah lepas tu bawa slow, entah apa mereka fikir, kadang tiba2 tukar lane speed way kanan sekali apbila nak potong, contoh lori di atas ni tengok lane dia ini biasa berlaku, ajal maut di bawah takdir Allah swt, bila makhluk membunuh makhluk Allah swt dari sifat buruk manusia bukan qadaq dan qadar Allah, Allahu A'lam

    ReplyDelete