Adik Perempuan Terpaksa Bayar Dosa Abang

Adik Perempuan Terpaksa Bayar Dosa Abang | Dua beradik perempuan termasuk seorang berusia 15 tahun dihukum rogol sebagai balasan terhadap tindakan abang mereka melarikan diri dengan isteri orang.

Adik Perempuan Terpaksa Bayar Dosa Abang

Ahli Majlis Kampung di pekan di daerah Baghpat itu juga memerintahkan remaja berkenaan dan kakaknya Meenakshi Kumari, 23, diarak bogel di kampung mereka dengan wajah diconteng arang.

Zee News melaporkan, abang mereka Ravi jatuh cinta dengan seorang wanita dari kasta Jat sebelum pasangan itu melarikan diri dari kampung berkenaan, Mac lalu, walaupun perempuan berkenaan sudah dikahwinkan dengan lelaki lain, sebulan sebelumnya.

Meenakshi dan adiknya turut melarikan diri pada Mei lalu kerana takut dihukum orang kampung atas perbuatan Ravi dan rumah mereka digeledah tidak lama selepas itu. Keluarga berkenaan daripada kasta Dalit iaitu yang paling rendah dalam masyarakat di India.

Ravi dan kekasihnya kemudian pulang menyerah diri selepas keluarga masing-masing diseksa masyarakat Jat dan polis disebabkan perbuatan mereka.

Malangnya, majlis kampung atau Khap Panchayat tidak berpuas hati dan memerintahkan dua adik perempuannya turut dikenakan hukuman.

Sehubungan itu, Meenakshi memfailkan petisyen memohon perlindungan mahkamah agung, manakala ayahnya mengemukakan aduan rasmi mendakwa keluarganya sering diganggu keluarga kekasih Ravi dan polis.

Seorang lagi abang, Sumit Kumar berkata, golongan Jat amat berpengaruh dalam Khap Panchayat kampungnya, malah tidak takut membunuh kerana turut disokong polis tempatan.

Katanya, kekasih Ravi yang kini mengandung juga diancam bahaya.

Khap Panchayat lazimnya dianggotai lelaki tua daripada kasta tinggi yang meletakkan pelbagai garis panduan penduduk kampung. Mahkamah Agung India mengharamkan hukuman ditetapkan kumpulan seperti itu, namun Khap Panchayat masih berkuasa terutama di kawasan pedalaman.

sumber
http://ift.tt/1Q10TRL

0 Response to "Adik Perempuan Terpaksa Bayar Dosa Abang"

Post a Comment