KUALA LUMPUR: Polis Bandar Raya berpuashati tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang perarakan dan perhimpunan Bersih 4.0 sejak jam 2 petang Sabtu.
"Ya pihak kami setakat ini berpuashati dengan perhimpunan yang berjalan dan kami berharap ia kekal aman sehingga semuanya selesai," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa.
Menurutnya, sejumlah pasukan polis telah ditempatkan di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai dan peserta Bersih untuk mengawal keadaan dan keselamatan awam.
"Kami menganggarkan jumlah yang turun ke perhimpunan ini sekitar 25,000 orang sehingga jam 3 petang tadi," katanya lagi.
Beliau juga berkata yang Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tidak digerakkan ke kawasan perhimpunan dan kawasan sekitarnya kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian.
"Saya berharap semua pihak tenang dan berhimpun secara aman dan kita sebagai pihak yang menjaga ketenteraman awam akan memastikan keselamatan awam tidak terjejas," kata beliau.
Related Posts :
Al Fatihah, Adik Dalili Akhirnya Kembali Ke RahmatullahAl Fatihah, Adik Dalili Akhirnya Kembali Ke Rahmatullah | Adik Nur Syafiqah Dalili, 2, yang menghidap biliary atresia (kegagalan fungsi hati… Read More...
Sayu : Setelah bertarung nyawa jalani pembedahan akhirnya adik Dalili di jemput ilahi
Adik Nur Syafiqah Dalili, 2, yang menghidap biliary atresia (kegagalan fungsi hati) yang menjalani pembedahan pemindahan hati di China Ahad… Read More...
Anda Pasti Terkejut Sampai PENGSAN! Lelaki Ini Pilih Untuk Berkahwin Dengan Patung,Namun Selepas 15 Tahun Lihatlah Hasilnya Yang TERAMAT Memeranjatkan!!
.^Michigan: Seorang lelaki di Amerika Syarikat berkahwin dengan patung yang benar-benar menyerupai seorang wanita selama 13 tahun. … Read More...
Sayu : Misteri enam hari gadis ini hilang dikurung Jin terjawab (3Gambar)
Misteri kehilangan penuntut Program Asasi Pengajian Islam Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kampus Kuala Ketil, Baling, dekat sini, sejak … Read More...
SAYU !! Setelah Bertarung Nyawa Jalani Jembedahan Aakhirnya Adik Dalili Menghembus Nafas TERAKHIR..
SAYU !! Setelah Bertarung Nyawa Jalani Jembedahan Aakhirnya Adik Dalili Menghembus Nafas TERAKHIR..
Adik Nur Syafiqah Dalili, 2, yang mengh… Read More...
0 Response to "BERSIH 4.0: Pihak Polis Berpuashati"
Post a Comment