MISTERI KEHILANGAN MH370 TERUNGKAI SELEPAS 515 HARI – NAJIB

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di timur Lautan Hindi minggu lalu milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Mengumumkan perkara itu kira-kira jam 2 pagi ini, Najib menyatakan siasatan pakar antarabangsa mengesahkan serpihan terbabit adalah sebahagian pesawat milik MH370 selepas 515 hari kehilangannya.

“Penemuan ini menunjukkan terdapatnya bukti fizikal pesawat MH370 terhempas di kawasan terbabit.

“Saya turut menyampaikan dukacita kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 walaupun maklumat ini agak menyedihkan. Kehilangan mereka akan terus diingati,” katanya.

Pengesahan itu hasil analisis sekumpulan pakar dari Malaysia, Perancis dan Australia, termasuk wakil dari Boeing dan China. Kumpulan pakar itu melakukan pemeriksaan terhadap serpihan sayap pesawat di makmal DGA Technique Aeronautique di Balma, dekat Toulouse, Perancis.

Pulau Reunion menjadi tumpuan dunia apabila komponen sayap pesawat, flaperon, ditemui di pesisir pantai pulau itu pada 29 Julai lalu. Pulau milik Perancis itu terletak di luar pantai Madagascar, kira-kira 4,000 kilometer (km) dari tempat usaha mencari pesawat MH370 dijalankan.

Related Posts :

0 Response to "MISTERI KEHILANGAN MH370 TERUNGKAI SELEPAS 515 HARI – NAJIB"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect