PENYANYI ASFAN DITUMBUK ADIK IPAR DI KLIA?

Penyanyi Asfan telah mengesahkan dipukul pelakon Bil Azali ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu lalu. Kejadian tersebut berlaku ketika Asfan sedang menunggu isterinya yang juga kakak kepada Bil dan anak-anaknya pulang bercuti dari Perancis di balai ketibaan di lapangan terbang berkenaan.

page“Benar, saya dipukul ketika menunggu isteri di balai ketibaan KLIA. Bagaimanapun saya tidak boleh mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu kerana ia terlalu peribadi untuk saya kongsikan,” katanya yang dihubungi mStar Online.

Pada Sabtu lalu, Bil  dikatakan telah menumbuk Asfan yang juga abang iparnya itu beberapa kali di bahagian muka dan badan. Menurut sumber, pergaduhan itu tercetus gara-gara Bil berasa tidak berpuas hati terhadap Asfan yang dianggap tidak menjaga isterinya dengan baik.

Sementara itu ditanya adakah Asfan akan mengambil tindakan terhadap aktor berkenaan, dia masih belum memikirkan untuk berbuat demikian.

“Saya tidak pasti nak buat laporan polis atau tidak. Tengok dahulu situasinya bagaimana. Biar saya selesaikan beberapa urusan penting dahulu,” ujar Asfan.

Sementara itu Bil yang popular menerusi drama Cinta Jangan Pergi juga mengambil pendekatan enggan mengulas lanjut berhubung kejadian yang berlaku. Katanya, keputusan itu dibuat kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.

“Saya tidak boleh beri komen kepada umum kerana ini adalah masalah dalaman keluarga dan peribadi. Untuk ulas lebih lanjut saya rasa tak perlu. Saya pun jaga periuk nasi dia, jadi saya tak mahu apa yang berlaku ini akan memalukan dia sendiri,” jelasnya.

0 Response to "PENYANYI ASFAN DITUMBUK ADIK IPAR DI KLIA?"

Post a Comment