Wanita Ini Punyai Tanduk Di Kepala

Wanita Ini Punyai Tanduk Di Kepala | Doktor di China menemui keadaan kesihatan yang ganjil baru-baru ini apabila seorang wanita berusia 87 tahun mempunyai tanduk di kepalanya yang memanjang setiap tahun.

Wanita Ini Punyai Tanduk Di Kepala

Liang Xiuzhen dari Sichuan, selatan China, menemui doktor selepas tanduk berkenaan muncul kira-kira dua tahun lalu dan ia semakin membesar.

Menurut laporan People's Daily Online, lapan tahun lalu, ada ketulan seperti tahi lalat besar atau ketuat di kepala Liang Xiuzhen di kawasan tanduk berkenaan tumbuh.

Ketulan itu menjadi gatal dan ahli keluarganya menggunakan ubat herba untuk merawat tetapi dua tahun lalu, ketulan berkenaan pecah dan tanduk kecil mula tumbuh di kepala wanita berkenaan.

Pada awalnya ia hanya sebesar jari kelingking sepanjang kira-kira satu 2.54 sentimeter.

Anak wanita itu, Wang Zhaojun, berkata mereka membawa Liang Xiuzhen ke hospital tetapi doktor tidak dapat mengesan puncanya dan apabila mendapati tanduk itu tidak membesar, mereka membiarkannya.

Awal tahun ini, Wang Zhaojun secara tidak sengaja menyebabkan tanduk itu patah ketika mencuci kepala ibunya dan terkejut kerana tanduk baru tumbuh malah membesar dengan pantas.

Dalam masa enam bulan tanduk itu menjadi 12.7 sentimeter panjang dengan garis pusat lima sentimeter, kini kelihatan seperti tanduk haiwan.

Liang Xiuzhen berkata: “Kadang-kadang sakit sikit namun ada waktu amat sakit sehingga saya terjaga dari tidur.”

Menurut doktor tanduk itu ialah sejenis tumor atau barah kulit dan boleh dibuang melalui pembedahan dan keluarga wanita itu kini sedang berusaha memujuknya untuk mendapatkan rawatan lanjut termasuk pembedahan. - Daily Mail

sumber
http://ift.tt/1MTRc7H

0 Response to "Wanita Ini Punyai Tanduk Di Kepala"

Post a Comment