AL-FATIHAH ! Moga redha dan tabah atas pemergiannya


Pelakon Lisa Surihani tidak dapat menyembunyikan kerinduan terhadapa bapanya dan memberikan ucapan menyentuh hati.Lisa berkongsi perasaannya bersama peminat dengan memuat naik sekeping foto bersama arwah bapanya sewaktu dia berusia dua tahun dengan ucapan yang berbunyi:

“I was 2 years old. Year 1988. A picture of me and my arwah Daddy. Al-Fatehah. Thank you for appearing in my dream the other day when I was in Melbourne, Daddy. Terubat sikit rindu Surihani pada Daddy. Miss and love you.”tulisnya.


Ucapan Lisa yang terlalu rindukan arwah bapanya itu telah mendapat perhatian peminat yang turut sama merasai kesedihan isteri kepada penyanyi dan pelakon Yusry KRU itu.Dalam pada itu, peminatnya juga tidak putus-putus menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah bapanya selain mendoakan Lisa sentiasa berada dalam keadaan yang sihat disamping kandungannya yang kini hampir berusia enam bulan.Selain Lisa, Amber Chia, Sharifah Amani, Jaclyn Victor dan Sazzy Falak juga tidak ketinggalan memberikan ucapan sempena hari istimewa itu.


0 Response to "AL-FATIHAH ! Moga redha dan tabah atas pemergiannya"

Post a Comment