Unknown 3:29 PM Edit Asal Usul Nama Ambulans Yang Ramai Tak Tahu...Mesti Kita Tak Pernah Terfikirkan??? Asal Usul Nama Ambulans Yang Ramai Tak Tahu | Perkataan "ambulance" diambil daripada perkataan Latin "ambulare" yang membawa maksud "to walk". Kemudian, terbit "hôpital ambulant", istilah Perancis yang pada dasarnya bermaksud "mobile hospital". Pada peringkat awal, "ambulance" tidak membawa maksud seperti apa yang digunakan sekarang. Secara umumnya, ia merujuk kepada suatu struktur perubatan sementara yang boleh bergerak dengan mudah terutamanya bagi merujuk kepada hospital perubatan bergerak tentera. "Ambulance", dalam Bahasa Inggeris dikesan kali pertama muncul sekitar 1798, juga merujuk kepada suatu struktur perubatan sementara. Kenderaan pengangkutan perubatan bergerak juga dikenali sebagai ambulans di Perancis sekitar waktu ini. Seorang warga Perancis, Dominque-Jean Larrey memperkenalkan perkhidmatan "flying ambulance" yang direka untuk membawa keluar para askar yang tercedera dari medan perang untuk rawatan semasa perang. Tidak seperti praktik sebelumnya yang menunggu sehingga pertempuran berakhir. Menjelang pertengahan abad ke-19, "ambulance" dikembangkan penggunaannya untuk merujuk kepada sebarang kenderaan yang digunakan untuk membawa askar yang tercedera di medan perang ke hospital tentera. Salah satu contoh terdekat ialah semasa Perang Krimea (1853-1856). Tidak lama selepas itu, semasa Perang Saudara Amerika, kenderaan pengangkutan perubatan sedemikian dikenali sebagai "ambulance wagon". Sejak itu, gelaran "ambulance" bagi kenderaan perubatan bergerak melekat sehingga sekarang. "Ambulance" diterjemahkan sebagai "ambulans" dalam Bahasa Malaysia, manakala "ambulance chaser" bukanlah sejenis kenderaan. Ia gelaran kepada segolongan peguam dan dipercayai istilah tersebut mula digunakan sekitar 1897. Ia merujuk kepada peguam yang mendapatkan pelanggan dengan memujuk mangsa kemalangan untuk membuat saman ganti rugi. sumber: Tweet Related Posts :Datuk Yusof Haslam dan isteri Datin Patimah Ismail menyambut Hari Raya Datuk Yusof Haslam dan isteri Datin Patimah Ismail menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga. Selepas itu mereka telah menziarahi pus… Read More...3 Gambar fesyen paling pelik gaun Lara Alana di Hari Raya Aidiladha hari ini Apa salah Kanak-kanak ini? sampai ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan bahasa yang agak kasar kerana pemakaian baju kanak-kan… Read More...Misteri Sebaran VIRAL Hantu Penanggal Makan Bayi Di MIRI Kini Terjawab !!! Norzley Ziey yang berkongsikan gambar dari Mohammad Rizal Razali itu mendakwa, Hantu Penanggal itu ditemui di sekitar kawasan Permyjaya da… Read More..."MAKAN LUAR" Penangkapan Artis Popular Ketika Sedang Berkhalwat... KLIK SINI UNTUK VIDEO ADEGAN S3X MEREKA YANG TERSEBAR!!! GEMPAR !!! Pagi ini dunia hiburan di kejutkan dengan penangkapan seorang artis wan… Read More...Sayu : Video mayat bergelimpangan Rempuhan Jemaah Haji di Mina Makkah hari ini (3Gambar) Mina : Angka korban rempuhan jemaah haji di Mina meningkat menjadi 220 orang dan 450 cedera. VIDEO KLIK SINI Jabatan Pe… Read More...
0 Response to "Asal Usul Nama Ambulans Yang Ramai Tak Tahu...Mesti Kita Tak Pernah Terfikirkan???"
Post a Comment