KENOSHA (AMERIKA SYARIKAT) - Gara-gara tindakan bodoh si bapa, seorang bayi berusia 6 minggu dikejarkan ke hospital selepas dia diberi minum susu formula bercampur dengan arak.
Dalam kejadian pada Isnin lalu, ibu bayi secara tidak sengaja telah mencampurkan arak jenis Vodka dalam susu formula anaknya menyebabkan paras alkohol dalam darah mangsa mencecah 0.294. Tiga kali ganda lebih tinggi daripada paras yang dibenarkan untuk pemandu dewasa.
Bagaimanapun. ibu bapa bayi berkenaan tidak akan didakwa kerana kejadian itu tidak disengajakan, menurut jurucakap polis Kenosha, Wisconsin Bradley Hetlet.
Namun, bapa mangsa, Brian Smith, 22, akan didakwa atas pertuduhan berkait dengan keganasan rumah tanga yang berlaku selepas kejadian itu.
Menurut keterangan ibu mangsa, dia itu mengisi air ke dalam bekas untuk dicampur dengan susu tepung sebelum meninggalkan dapur seketika. Lelaki itu kemudian masuk ke dapur dan membuang air di dalam bekas tersebut dan mengisinya dengan vodka bertujuan untuk membawanya ke rumah rakannya.
Si ibu yang tidak menyedari tindakan suaminya itu masuk semula ke dapur dan mencampurkan dua auns vodka itu dengan susu tepung bayi dan memberi kanak-kanak itu minum.
Pasangan itu hanya menyedari kesilapan mereka setelah melihat bayi mereka berkelakuan luar biasa.
Insiden kecuaian itu menyebabkan pasangan terbabit bergaduh dan beberapa anggota keluarga mereka juga turut campur tangan sebelum pasukan kecemasan tiba dan mengejarkan bayi itu ke hospital.
Bayi itu dilaporkan selamat dan telah dibenarkan pulang. - THEHYPEMEDIA.COM
Related Posts :
SUBHANALLAH!!! Lihat 13 Foto penampakan kekuasaan ALLAH SWT di atas awan yang berjaya dirakam PhotographerKeindahan alam yang tiada bandingnya, pelbagai bentuk awan yang dirakam oleh jurugambar amatur ini sangat menabjukkan. Inilah menandakan kek… Read More...
“Itulah Rasulullah S.a.w ” HATI SAYA " Bagai bulan jatuh ke riba"… Read More...
Wanita Dikatakan Mati Dibunuh 30 Tahun Lalu Ditemui HidupWanita Dikatakan Mati Dibunuh 30 Tahun Lalu Ditemui Hidup Seorang wanita yang diumumkan mati setelah dipercayai menjadi mangsa bunuh 30 ta… Read More...
“Benar sungguh naluriku (tentang) apa yang bakal terjadi. Abang..." - Umie Aida dedah komplot sebenar penangkapan suaminya “Tidak sampai lima minit, abang telah ditahan semula,” demikian luahan isteri Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Umie Aida Rahmad menerusi … Read More...
PENTING !!!! Anak Termakan Najis, Perlukah Buat Kenduri Tolak Bala...Sebagai Satu Bentuk Hukuman?? Soalan Assalamualaikum Ustaz. Benarkah ada didalam Islam, apabila anak kecil termakan najisnya, maka si keluarga tersebut – ibu bapa kep… Read More...
0 Response to "Bayi 6 Minggu Mabuk, Susu Formula Dicampur Dengan Vodka...Kejadian Itu Betul-betul Diluar Jangkaan Kita !!!!"
Post a Comment