Lelaki Tampar Imam Masjid Negara Mahu Berjumpa Dengan Imam Sekali Lagi

Lelaki Tampar Imam Masjid Negara Mahu Berjumpa Dengan Imam Sekali Lagi


Seorang warga India yang menampar Imam Masjid Negara ketika sembahyang Jumaat ingin berjumpa sekali lagi dengan imam tersebut.

Namun kali ini, warga India bernama Shabir ini mahu berjumpa kerana ingin memohon maaf dari imam tersebut iaitu Mohd Zuhairee Mohd Yatim.

Ini komennya:

"I feel guilty, I want to see imam, I want to ask sorry (forgiveness). Can you call imam to come here? I feel very guilty".

("Saya berasa bersalah. Saya mahu berjumpa dengan imam, saya mahu minta maaf. Boleh tak anda panggil imam datang sini. Saya berasa sangat bersalah").

Shabir telah  didakwa di atas tiga pertuduhan iaitu mencederakan imam, menganggu solat Jumaat dan tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh Pas Lawatan Sosial.

Shabir, yang bekerja sebagai pemandu peribadi, pada mulanya mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan namun pengakuannya tidak diterima oleh majistret setelah dia kelihatan keliru.

Disebabkan tidak berpuas hati dengan pengakuan Shabir yang kelihatan seperti keliru, asyik menundukkan kepala dan sering menyatakan kekesalan, Siti Radziah memerintahkan Shabir dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak untuk pemeriksaan mental selama sebulan.

Mahkamah kemudian telah menetapkan 30 Oktober untuk sebutan semula kes.

Ini senarai pertuduhan Shabir:

Bagi pertuduhan pertama:
-Shabir didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada imam Masjid Negara.
-hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua:
-dengan sengaja menyebabkan gangguan ketika solat Jumaat.
-hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan ketiga:
-Shabir didakwa tinggal di Malaysia walaupun Pas Lawatan Sosialnya telah tamat tempoh pada 17 Julai lalu.
-hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau penjara minimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


0 Response to "Lelaki Tampar Imam Masjid Negara Mahu Berjumpa Dengan Imam Sekali Lagi"

Post a Comment