ARAU: Seorang
pelajar wanita di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Arau, Perlis
ditemui mati dalam sebuah bilik air di asrama terbabit pada Sabtu.
Mangsa dikenali sebagai Syarafina Mansor, 18, pelajar jurusan Diploma Sains bagi sesi 2015/2016.
Syarafina
ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik air kira-kira pukul 2
petang oleh rakannya selepas dia tidak kembali ke bilik selepas dua
jam.
Rektor UiTM Perlis, Prof Datuk Ahmad Redzuan Abd Rahman berkata Syarafina dikatakan meninggalkan biliknya untuk mandi.
"Apabila dia
tidak kembali ke biliknya selepas dua jam, rakannya mengesyaki sesuatu
yang tidak kena dan dia pergi ke bilik air untuk mencari Syarafina.
"Rakannya
terkejut apabila mendapati Syarafina ditemui terbaring tidak sedarkan
diri di atas lantai bilik air," kata Ahmad Redzuan.
Pihak
pengurusan asrama kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Tunaku Fauziah
di Kangar di mana dia disahkan meninggal dunia pada 3.20 petang.
"Laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan di kepala.
"Syarafina
sentiasa mengadu sakit kepala kepada rakannya. Kesakitan itu kadang kala
menyebabkan dia tidak hadir ke kelas," kata Ahmad Redzuan.
0 Response to "Punca Sebenar Pelajar UITM Ini Ditemui Maut Di Dalam Tandas TERJAWAB ! "
Post a Comment