Lihat Gambar Di Sini
Seorang gadis yang dipaksa menjadi hamba seks oleh anggota kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), merayu rumah pelacuran tempat dia ditahan dibom, setelah mendakwa dirogol 30 kali oleh beberapa anggota militan.
Difahamkan, mangsa yang identitinya tidak didedahkan itu, ditahan sebagai tawanan jihad di suatu lokasi di barat Iraq, oleh anggota militan ISIS ketika tragedi pembunuhan beramai-ramai Sinjar, awal Ogos lalu.
Mangsa dikatakan telah menghubungi sebuah kumpulan aktivis Kurdistan yang dikenali sebagai ‘Peshmerga Kurdi’ melalui telefon, untuk memohon sebuah rumah pelacuran yang mengumpulkan wanita dijadikan hamba seks, dibom bagi menamatkan kesengsaraan mangsa.
Selain diperkosa, dia juga mendakwa didera, termasuk tidak dibenarkan menggunakan tandas.
Menurutnya, pengalaman pahit itu begitu menakutkan sehingga dia merancang membunuh diri, walaupun setelah dibebaskan kelak.
Selain diperkosa, dia juga mendakwa didera, termasuk tidak dibenarkan menggunakan tandas.
Menurutnya, pengalaman pahit itu begitu menakutkan sehingga dia merancang membunuh diri, walaupun setelah dibebaskan kelak.
Pengalaman perit mangsa itu didedahkan seorang aktivis Kurdistan, ketika ditemu bual BBC di London.
Aktivis dikenali sebagai Karam itu ditemui ketika menyertai demonstrasi di United Kingdom, semalam, untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap nasib wanita di Timur Tengah.
Karam mendakwa, panggilan telefon mangsa dijawab rakannya, seorang aktivis kumpulan ‘Peshmerga Kurdi’.
Karam mendakwa, panggilan telefon mangsa dijawab rakannya, seorang aktivis kumpulan ‘Peshmerga Kurdi’.
“Jika anda tahu di mana kami, sila bom kami. Tidak ada kehidupan selepas ini. Saya akan membunuh diri, kerana ramai telah membunuh diri mereka, pagi ini.
“Saya telah dirogol 30 kali dan tiada waktu rehat untuk makan tengah hari. Saya tidak boleh pergi ke tandas. Sila bom kami,” cerita Karam yang memetik keluhan mangsa yang tidak henti menangis dalam perbualan telefon berkenaan.
Lihat Gambar Di Sini
Related Posts :
Azalina Othman Anggap Lembaga Penapisan Filem Berfikiran Sempit Kerana Tapis Adegan Pegang Dan Peluk KUALA LUMPUR - Lembaga Penapisan Filem (LPF) ditegur agar tidak berfikiran sempit dan mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbi… Read More...
Tetak Sebab Tak Tahan Kena EjekTetak Sebab Tak Tahan Kena Ejek | Akibat tidak tahan diejek, seorang buruh menetak leher rakannya hingga mati dalam satu kejadian di sebuah … Read More...
Waris Selamat Diijabkabulkan.. 3 Foto Isteri..Dengan sekali lafaz, penyanyi Hip Hop yang terkenal dengan lagu Rembau Most Wanted, Waris sah bergelar suami kepada Izzati Amirah Kamaruddin… Read More...
Lain macam saja doa Muhyiddin buat Najib ni... Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendoakan agar Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan taufik dan hidayah oleh … Read More...
Janda Cedera Di Tumbuk Bekas SuamiJanda Cedera Di Tumbuk Bekas Suami | Seorang janda cedera teruk di muka selepas ditinju bertubi-tubi bekas suaminya yang datang menyerang ru… Read More...
0 Response to "Saya Telah Dirogol 30 Kali, Tiada Waktu Rehat Untuk Makan Tengahari (GAMBAR-GAMBAR)"
Post a Comment