"Saya tidak membelanjakan wang untuk mengadakan majlis tersebut" - Ahmad Zahid Hamidi

"Saya tidak membelanjakan wang untuk mengadakan majlis tersebut" - Ahmad Zahid Hamidi


Timbalan perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau tidak membelanjakan walau satu sen pun untuk majlis perkahwinan anak lelakinya di Jakarta pada 19 September lalu.

Kata beliua, keluarga dari menantu perempuannya itu berhasrat untuk mengadakan satu majlis sebaik sahaja mengetahui beliau akan berada di Jakarta untuk lawatan rasmi.

Ini kenyataan TPM:

"Saya tidak membelanjakan wang untuk mengadakan majlis tersebut. Saya tidak membelanjakan wang untuk menteri dan tetamu dari Malaysia untuk menghadiri majlis perkahwinan itu.

"Saya tidak membelanjakan wang untuk menghiburkan sesiapa sahaja kerana itu bukan majlis saya," 

TPM Ahmad Zahid telah mengadakan lawatan rasmi ke Jakarta antara 18 hingga 21 September lalu dan majlis perkahwinan anaknya dibuat di Indonesia ketika itu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan pemilik blog, Shahbudin Husin yang mempertikaikan tempoh lawatannya yang kebetulan sama tarikh dengan majlis perkahwinan anak lelakinya dengan seorang gadis dari Indonesia.

0 Response to ""Saya tidak membelanjakan wang untuk mengadakan majlis tersebut" - Ahmad Zahid Hamidi"

Post a Comment