Sayu : Budak 2 tahun maut kepala tersusuk besi pijak kaki motosikal

Gemas : Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, maut selepas kepalanya tertusuk besi pemijak kaki motosikal, apabila kenderaan itu terbalik di rumahnya di Felda Pasir Besar di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu jam 11.15 pagi, mangsa dan abangnya yang berusia empat tahun, dikatakan bermain berhampiran motosikal berkenaan, yang diletakkan bersebelahan tebing setinggi kira-kira semeter di rumah mereka.


Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Gemas, Syed Ammar Syed Abbas, berkata pihaknya dimaklumkan motosikal itu tiba-tiba terbalik dan jatuh bersama kanak-kanak terbabit dari tebing berkenaan.



"Ketika bomba tiba, abang mangsa didapati patah tangan, manakala mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.



"Kita memotong besi pemijak motosikal itu bagi membolehkan mangsa diangkat untuk dihantar ke Hospital Tampin," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.-BH

0 Response to "Sayu : Budak 2 tahun maut kepala tersusuk besi pijak kaki motosikal"

Post a Comment