Sayu : Subahanallah ... Afiq rindu abah .. rayu anak kecil jemaah haji yang masih hilang di Mekah (5Gambar)


Sedih nya melihat gelagat adik Muhammad Afiq mencium gambar bapanya di skrin telefon bimbit ibu saudaranya akibat rindu.

Maziatunazna Bidin @ Ibrahim, isteri kepada Shahidan Saad yang suaminya hilang dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram pada Jumaat lalu menceritakan perihal anak tunggal mereka di kampung yang sering menelefon bertanyakan mengenai bapanya. 


Beliau berkata, anak mereka Muhammad Afiq Amzar, 3 tahun, begitu rindu untuk mendengar suara bapanya. "Tapi saya hanya mampu beritahu dia yang ayah pi Allahhuakbar (bapa pergi bersolat)," kata surirumah kepada pembantu makmal Sekolah Menengah Tunku Bendahara, Kodiang, Kedah ini.




Anak mereka ditinggalkan di bawah jagaan abang kepada Shahidan di Kodiang. 

Maziatunazna yang reda dengan apa juga ketentuan Allah terhadap suaminya berkata, kali terakhir beliau bertemu dengan suaminya ialah pada Jumaat lalu di Maktab 89 di bangunan Abraj Al-Janadriah selepas suaminya pulang mengerjakan solat Jumaat. 

"Pada waktu asar, dia pergi semula ke Masjidil Haram. Tapi dia kemudiannya tak balik-balik," katanya. Pasangan itu tiba di Madinah menerusi penerbangan KT7 pada 17 Ogos sebelum bertolak ke Makkah pada 26 Ogos. Shahidan, 52, dan rakan sebiliknya Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik, Kedah gagal dikesan hingga kini. 

Seorang lagi rakan sebilik Shahidan, Mohd Zainol Ramli, 54, turut menceritakan mengenai kerinduan Shahidan terhadap anaknya. "Dia (Shahidan) tidur agak lewat pada hari sebelum kejadian. Bila ditanya dia kata dia teringatkan anaknya. 

Dia berkahwin lebih 22 tahun baru dapat anak," kata Mohd Zainol. Beliau berkata, pada hari kejadian beliau tidak bersama dua rakan sebiliknya itu untuk ke masjid kerana sudah berjanji untuk ke masjid bersama isterinya.


"Pak Long (panggilan untuk Abdul Habib) adalah rakan sekampung saya di Sik. Kami datang dengan penerbangan yang sama (KT7) pada 17 Sept. Secara kebetulan kami di sini juga ditempatkan dalam satu bilik di Abraj Al-Janadriah.

"Kami (termasuk Shahidan) jadi rapat sejak di Madinah lagi. Kami sering bersama ke masjid, cuma pada hari kejadian kami tak pergi bersama," katanya.

0 Response to "Sayu : Subahanallah ... Afiq rindu abah .. rayu anak kecil jemaah haji yang masih hilang di Mekah (5Gambar)"

Post a Comment