Serius Dasyat : Wajah Miss Universe 1965 Selepas 50 Tahun

Susah untuk kita percaya wajah wanita ini yang tidak sedikit berkerut walaupun dimamah usia yang menjangkau 67 tahun.Namun inilah wajah Miss Universe 1965 dari Thailand yang masih ayu dan menonjol penampilannya.

Melihat wajah jelitawan ini selepas 50 tahun pasti membuatkan anda tergamam dan terkesima.

Ini kerana wajahnya masih sama malah kulitnya tampak muda dan anjal pada usianya kini, 67 tahun.
Apasra Hongsakula menjadi perhatian umum selepas memenangi ‘title’ Miss Universe pada tahun 1965, buat kali pertama dari Thailand.
Apa Kata Orang Diluar sana ?

Kini, gambarnya menjadi viral dalam media sosial kerana ramai tidak menyangka pada usia sekarang dia kelihatan masih muda dan tidak jauh beza semenjak anugerah yang dimenangi 50 tahun lalu.

Namun dengarnya, bagi mengekalkan kemudaan wajah dia melakukan pelbagai rawatan anti-penuaan berjumlah 2.5 juta Baht (RM 253,289)

Bagaimanapun, pengurus kepada Apasra menafikan khabar angin tersebut dan memberitahu wajahnya adalah asli dan hanya rambutnya sahaja diluruskan dan mungkin itu jadi penyebab ratu cantik itu kelihatan muda.

P/S : Anda boleh percaya dengan penafian yang dibuat oleh beliau?

Kredit : MYNEWSHUB

0 Response to "Serius Dasyat : Wajah Miss Universe 1965 Selepas 50 Tahun"

Post a Comment