
Kuala Lumpur –
Para pengguna media sosial mengecam hebat tindakan seorang jurugambar
yang dikenali sebagai Saiful Nang ekoran kenyataannya kononnya terdapat
banyak rumah pelacuran di tanah suci Makkah.
Majoriti
penguna Facebook menyelar dan mengecam kenyataan Saiful itu sambil
menyifatkan ia sebagai biadap dan kurang ajar kerana boleh mencemarkan
kesucian agama Islam sekaligus memberikan tanggapan yang buruk terhadap
penganut Muslim.
Pemilik
syarikat fotografi, CandidSyndrome International itu menerusi akaun
‘Facebook’nya petang kelmarin mendakwa bencana yang sedang berlaku di
tanah suci ketika ini adalah disebabkan kegagalan pemerintah Arab Saudi
mengambil tindakan atas kegaiatan rumah maksiat tersebut.
“Tahukah anda
terdapat banyak rumah pelacuran di Tanah Haram? (Sila berjalan di
kampung – kampung di sekitar Tanah Haram (dan) anda akan dapat lihat
sendiri secara tersembunyi).
“Tanah itu
dahulu pernah kotor dan pernah disucikan oleh Nabi Muhammad (SAW) dan ia
boleh sahaja kotor kembali pada hari ini” ujarnya ketika memuatnaik
status tersebut.
Tidak cukup
dengan itu, beliau turut menyelar pemerintah Arab Saudi sambil mengesa
agar tanah suci bagi umat Islam itu diberikan kemerdekaan.
“Suci bermakna
tiada setitik pun kekotoran. Bagaimana air susu segelas dikatakan suci
walaupun hanya sebutir tahi cick jatuh kedalamnya.
“Kita sendiri
tidak sanggup minumnya walaupun nisbah tahi cicak dan susu itu hanya
kurang dari 0.5 peratus sahaja. Merdekakah tanah haram. Tanah haram
milik umat Islam bukan milik sebuah keluarga,” katanya lagi.
Ekoran kecaman
yang diterima Saiful kemudiannya memadamkan status tersebut sambil
menyifatkan tindakan itu bagi menghormati perasaan dan keharmonian
pembaca tentang pendedahan sisi gelap Haramain yang dilakukannya.
Bagi
mendapatkan pengesahan mengenai isu yang tersebat itu seorang pengguna
media sosial Aliff Shariffuddin, segera menghubungi rakannya yang
menetap di Makkah.
Menurut Aliff
yang dikenali sebagai Abu Fedora Al-Turkistani, rakannya itu amat kesal
dengan penyebaran fitnah tersebut yang jelas bertujuan untuk memburukkan
imej dan tanah suci umat Islam
“Masyallah,
saya menetap di Makkah sejak lahir dan tidak pernah tahu mengenai isu
yang dibangkitkan itu. Bagaimanakah lelaki tersebut (Saiful Nang) boleh
menyebarkan fitnah seperti itu?
“Apakah dia
pernah pergi ke tempat pelacuran itu? Dia sepatutnya melaporkan perkara
tersebut kepada pihak polis di Arab Saudi bagi membuktikan dakwaannya
itu” soal rakannya itu dengan nada kesal.
Aliff ketika mengulas lanjut turut menggesa agar Saiful bertanggungjawab atas fitnah yang dilemaprkan itu.
“Mana boleh dia
lemparkan tuduhan tersebut tanpa sebarang bukti, dia sepatutnya
bertanggungjawab atas fitnah tersebut dan berani untuk tampil membuat
laporan.
“Kerana pada
saya kenyataan rambang seperti hanya menyebabkan masyarakat bukan Islam
memandang serong terhadap masyarakat Muslim ini kerana dalam masa yang
saya di turut mengaibkan dirinya sendiri kerana (melalui kenyataan
tersebut) ketika pergi Makkah dia bukan berniat mahu mengerjakan ibadat
umrah atau haji tetapi ingin mencari tempat pelacuran” bidasnya ketika
dihubungi SuaraTV sebentar tadi.
Terdahulu,
seramai 110 orang menjadi korban di Masjidil Haram, Mekah selepas sebuah
kren tumbang dan menimpa sebilangan besar jemaah haji di situ.
Minggu lalu
pula, insiden rempuhan manusia ketika mengerjakan haji tahun ini adalah
717 orang dan jumlah umat Islam yang cedera di Mina adalah hampir 800
orang. – SuaraTV
0 Response to "Terdapat Banyak Rumah Pelacuran Di Tanah Haram, Makkah – Saiful Nang "
Post a Comment