'Tun Mahathir Akan Disiasat Mengikut Kanun Keseksaan' - Ketua Polis Negara


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil untuk siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah ketika berlangsungnya perhimpunan BERSIH 4.0, minggu lalu. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata Dr Mahathir dipanggil susulan laporan polis yang dibuat seorang Ketua UMNO Bahagian berhubung satu dakwaan rasuah oleh negarawan itu. 

Beliau berkata, setakat ini, Dr Mahathir masih belum dimaklumkan mengenai siasatan itu dan akan diberitahu dalam masa terdekat. 

"Kita akan rekod percakapan beliau (Dr Mahathir)...perlu siasat kerana kita terima laporan (daripada Ketua UMNO Bahagian) mengenai kenyataan beliau berkaitan rasuah. 

Khalid berkata demikian selepas kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan dan Pameran berkaitan Teknologi Keselamatan (IFSEC) Asia Tenggara di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

0 Response to "'Tun Mahathir Akan Disiasat Mengikut Kanun Keseksaan' - Ketua Polis Negara"

Post a Comment