Bahana Jerebu: 19 Disahkan Maut Di Indonesia
Bahana jerebu yang melanda Indonesia, ianya telah mengakibatkan 19 orang meninggal dunia dalam tempoh dua bulan.
Jerebu kali ini amat teruk dan turut menyebabkan sekolah ditutup dan jadual penerbangan tergendala bukan sahaja di Indonesia, malah menjejaskan negara jiran sepertiMalaysia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Tahun ini mencatatkan rekod jerebu paling buruk dan kebakaran hutan yang gagal dikawal. IPU yang dicatat setinggi lebih 1000 di Pontianak.
Jerebu di Indonesia berpunca dari kebakaran hutan yang didakwa berpunca dari aktiviti untuk penanaman kelapa sawit.
Menteri Sosial Indonesia, Khofifah Indar Parawansa semalam mengesahkan bahawa angka kematian lebih tinggi.
Ini komennya:
“Sehingga pagi ini Rabu, 19 orang disahkan mati akibat jerebu,”
Menurutnya, semua mangsa dari Sumatera dan Kalimantan, lokasi kebakaran hutan yang berpunca daripada aktiviti pembersihan tanah untuk pertanian.
Dianggarkan lebih 500,000 penduduk di Indonesia disahkan menghidap penyakit berkaitan pernafasan sejak jerebu melanda Julai lalu.
Sumber: mStar
0 Response to "Bahana Jerebu: 19 Disahkan Maut Di Indonesia"
Post a Comment