Berpisah Dengan WINGS Lebih Pedih Dari Berpisah Dengan Isteri - Awie Wings

Berpisah Dengan WINGS Lebih Pedih Dari Berpisah Dengan Isteri - Awie Wings | Awie memberitahu perpisahannya selama lapan tahun dengan kumpulan itu merupakan tempoh yang paling pahit dalam sejarah hidupnya.

Berpisah Dengan WINGS Lebih Pedih Dari Berpisah Dengan Isteri - Awie Wings

Bagaimanapun tambah Awie, ia mengajarnya erti persahabatan selain lebih banyak bertolak ansur bagi mengekalkan hubungan dengan ahli yang lain.

"Hubungan kami seperti hubungan perkahwinan dan jika bercerai sudah tentu sedih, malah saya lebih terasa perpisahan dengan mereka daripada berpisah dengan isteri saya.

"Ia kerana Wings punca rezeki kami, sumber pendapatan Wings juga yang beri makan pada isteri dan anak-anak saya, begitu juga dengan ahli yang lain," ujarnya.

Awie berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun ke 30 kumpulan Wings di Hotel Swiss Garden, malam Rabu.

Awie bersama kumpulan Wings sejak ditubuhkan pada 1985. Dia kemudian mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan tersebut pada tahun 1993 dan kembali semula bersama Wings pada 2002.

Semasa ketiadaan Awie, tempat vokalis Wings diambil alih oleh Mel.

Berpisah Dengan WINGS Lebih Pedih Dari Berpisah Dengan Isteri - Awie Wings

Awie berkata, perpisahan tersebut berikutan beberapa sebab yang dianggap sebagai keputusan yang tidak matang ketika itu.

"Dulu saya akui belum matang dan bertindak terlalu mengikut emosi dan darah muda. Sekarang saya menyesal dan kalau boleh diputar waktu memang saya ingin elakkan perpisahan tersebut.

"Kini saya lebih banyak bersabar dan jika marah atau terasa dengan sesuatu perkara saya hanya berdiam diri. Mereka juga faham kalau saya diam sahaja bermakna saya terasa atau kecil hati," ujarnya.

Menceritakan detik pertemuan semula mereka selepas lapan tahun bermusuhan, Awie berkata kejadian itu berlaku ketika perkahwinan komposer dan penyanyi Datuk M.Nasir dengan Datin Marlia Musa.

Awie berkata, dia diminta untuk membuat persembahan istimewa bersama dengan Wings buat pertama kali selepas perpisahan mereka.

"Kami bertemu kembali juga dalam situasi yang dramatik iaitu ketika majlis perkahwinan M.Nasir. Masa itu mereka minta saya nyanyi dengan Wings dan sejak itulah kami bertemu dan meluahkan rasa kesal masing-masing," ujarnya.

Antara artis yang hadir pada majlis ulang tahun ke 30 kumpulan Wings itu ialah Erra Fazira, Datuk Hattan, Ziana Zain, Man Bai, Johan Raja Lawak dan Bunkface.

Sementara itu, sempena 30 tahun kumpulan itu ditubuhkan, Wings akan mengadakan Konsert 30 Tahun Wings pada 31 Oktober depan di Stadium Merdeka.

Awie berkata, dia bakal menyampaikan 30 buah lagu popular daripada 12 buah album yang dihasilkan.

Tiket dijual dengan harga RM285, RM85 dan RM48 (bagi pelajar tertakluk pada terma dan syarat).

Orang ramai juga boleh membeli secara dalam talian menerusi http://ift.tt/1C0KjLW

sumber
http://ift.tt/1heNybS

0 Response to "Berpisah Dengan WINGS Lebih Pedih Dari Berpisah Dengan Isteri - Awie Wings"

Post a Comment