Erin Malek Selamat Bersalin Anak Pertama, Tapi…

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon, Erin Malek dan suaminya, Mohamed Fariz yang selamat menimang cahaya mata pertama kira-kira jam 9.27 pagi semalam (Khamis).
Perkara ini disahkan sendiri oleh Erin Malek menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik foto bayi lelakinya yang diberi nama Mohamed Faliq Bin Mohamed Farriz.
Sementara itu, Erin turut menyampaikan perkhabaran sedih tentang seorang lagi anaknya iaitu kembar Faliq yang tidak dapat diselamatkan.

“Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa seorang lagi anak saya iaitu kembar Faliq telah meninggal dunia dalam kandungan pada usia 16 minggu.
“Jantungnya berhenti berdegup kerana terdapat cecair berlebihan di dalam perut, menyebabkan seluruh badannya bengkak.
“Namun, doktor menasihatkan bahawa saya masih lagi boleh membawa bayi saya yang lain melalui kehamilan 9 bulan saya.
“Saya akui bercampur perasaan apabila melihat Faliq kerana dia mengingatkan saya kepada kembarnya.
“Farriz dan saya benar-benar sedih mengenai hal ini tetapi kami percaya Allah S.W.T mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kami dan kedua-dua bayi kami,”ujarnya.
Pada masa yang sama, Erin turut merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan semua peminatnya yang tidak henti-henti memberi sokongan dan mendoakannya selama ini.
Semoga Erin tabah menghadapi ujian ini. – MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Erin Malek Selamat Bersalin Anak Pertama, Tapi…"

Post a Comment