Demikian kata seorang gadis yang mahu dikenali sebagai Awien, 21, ketika menceritakan pengalaman mengaibkan selepas diserang dua wanita dan seorang lelaki yang memukul sebelum menanggalkan pakaiannya.
Dia kemudian ditinggalkan di tepi jalan di Jeniang, Sik, dekat sini, Ahad lalu akibat perselisihan faham berkaitan bekas teman lelakinya.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, Awien yang berada di sebuah pusat siber berhampiran Masjid Aman, Alor Star, kerana sedang menunggu teksi untuk pulang ke kampungnya terkejut apabila didatangi wanita berusia 30 tahun yang juga isteri kepada bekas teman lelakinya bersama seorang lelaki berusia 32 tahun dan seorang lagi wanita yang kemudian menyerangnya.
Menurutnya, dia kemudian meminta untuk berbincang dan menyelesaikan secara baik kerana orang ramai menyaksikan kejadian itu.
sumber
http://ift.tt/1GkWgfq
0 Response to "Gadis Di Pukul, Di Tanggal Pakaian & Di Tinggal Tepi Jalan"
Post a Comment