Pada masa sama, dakwaan bahawa pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat dihantar ke Thailand untuk pengesahan juga tidak benar.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Ahmad Taufik Abdullah berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung penemuan kanak-kanak itu.
Katanya, tiada pegawai polis IPD Tumpat dihantar ke Thailand untuk membuat pengesahan seperti didakwa.
"Perkara itu tidak benar dan setakat ini kita tidak menerima laporan berhubung penemuan budak perempuan itu.
"Kami juga tidak menolak kemungkinan maklumat palsu itu sengaja disebar pihak tidak bertanggungjawab," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ahmad Taufik turut meminta orang ramai supaya menghentikan penyebaran maklumat palsu begitu dan merujuk pihak berkuasa untuk pengesahan lanjut.
Selain gambar yang tersebar di laman sosial dan aplikasi WhatsApp itu, dua nombor telefon turut disertakan dalam maklumat berkenaan supaya sesiapa yang mengenali kanak-kanak itu menghubungi nombor berkenaan.
Sementara itu, jurucakap Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman menafikan identiti dan gambar budak itu pernah wujud di dalam portal kanak-kanak hilang Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, pemeriksaan pihaknya mendapati budak perempuan terbabit tidak berada di dalam senarai orang hilang yang dikeluarkan portal itu.
Pada masa sama, pihak berkuasa Thailand juga tidak menghubungi Bukit Aman untuk meminta waris atau keluarganya tampil menuntut mangsa.
sumber
http://ift.tt/1MK2b2h
0 Response to "Gambar Budak Perempuan Minta Sedekah, Fasih Berbahasa Melayu Di Thailand PALSU!"
Post a Comment