Gambar Viral Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Di Thailand Adalah Palsu - Polis

Gambar Viral Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Di Thailand Adalah Palsu - Polis


Menerusi satu kenyataan, Polis Kelantan hari ini telah menafikan dakwaan kononnya seorang kanak-kanak Malaysia ditemui sedang meminta sedekah di Thailand.

Dikatakan kanak-kanak itu fasih bercakap dalam Bahasa Melayu dan terus menjadi viral kerana risau dia merupakan mangsa culik.

Kata jurucakap Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, kes ini pernah jadi viral dalam sosial media tahun lepas dan sekali lagi menjadi viral hari ini.

"Perkara ini telah viral pada 21 Mei 2014 dan ia tidak benar," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Zaharudin Rasip ketika dihubungi turut menyangkal pegawai penyiasatnya telah ke Thailand untuk menyiasat perkara itu.

"Tiada pegawai penyiasat dihantar ke Thailand hari ini," katanya.

Sumber: SinarHarian


0 Response to "Gambar Viral Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Di Thailand Adalah Palsu - Polis"

Post a Comment