Kuala Kubu Bharu: Dua lelaki maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kuala Kubu di sini, awal pagi ini.
Kejadian berlaku kira-kira 1 pagi apabila kereta Proton Waja dinaiki lima lelaki dari arah Ipoh dipercayai dilanggar kereta Toyota Hilux dari arah bertentangan.
Kereta Toyota Hilux yang datang dari arah Kuala Lumpur dikatakan terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan dinaiki mangsa.
Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Omar Mohd Yatim berkata, bomba menerima panggilan pada 1.23 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
"Terdapat dua mangsa maut berada dalam kereta iaitu pemandu dan penumpang belakang sebelah kanan.
"Kita berjaya mengeluarkan mangsa daripada kereta yang remuk," katanya.
Menurutnya, tiga penumpang lelaki yang parah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan.
Sementara pemandu Toyota Hilux hanya mengalami cedera ringan. lapor myMetro.
Related Posts :
Lokasi-lokasi terbaik untuk bermain Pokemon Go di Johor Bahru
Date: Ogos 13, 2016Author: jomtojohor11 Komen
Johor Bahru Pokemon Go Locations
Sertai kami dalam misi memburu pokemon di… Read More...
SeLepas 10 Tahun Diculik, Gadis ini Berjaya Balik Ke Rumah, Tapi Apa Yg Berlaku Padanya Sangat NGERI Sampai Keluarga Sendiri Pun Dah TAK KENAL....
SeLepas 10 Tahun Diculik, Gadis ini Berjaya Balik Ke Rumah, Tapi Apa Yg Berlaku Padanya Sangat NGERI Sampai Keluarga Sendiri Pun Dah TAK KE… Read More...
Bayi Anda Tak Merangkak? Terus Bangkit & Berjalan? Jangan Gembira Dulu, Ini Sebabnya…
Bayi Anda Tak Merangkak? Terus Bangkit & Berjalan?Jangan Gembira Dulu, Ini Sebabnya…
Pagi-pagi Isnin ini, saya gigih menemani dan… Read More...
Masa Aku Terjaga Nak Bangun Kencing Aku Ada Dengar Bunyi Hentakan Kuat Berkali-kali Diruang Tamu, Masha Allah
Masa Aku Terjaga Nak Bangun Kencing Aku Ada Dengar Bunyi Hentakan Kuat Berkali-kali Diruang Tamu, Masha Allah
Masa Aku Terjaga Nak Bangu… Read More...
Hanya Pengambilan Buah Ini, Anda Boleh Mengucapkan Selamat Tinggal Kepada Kolesterol, Glukosa Darah, Lipid dan Triglycerides
Hanya Pengambilan Buah Ini, Anda Boleh Mengucapkan Selamat Tinggal Kepada Kolesterol, Glukosa Darah, Lipid dan Triglycerides
Apabila saya … Read More...
0 Response to "Kemalangan Ngeri di Kuala Kubu Bharu Dua Maut, Tiga Parah"
Post a Comment