Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Tentang Isu Ubat Demam
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat kenyataan media rasmi tentang isu ubat sirap paracetamol yang digunakan untuk kanak-kanak ketika demam.
Ubat demam kanak-kanak berjenama Redon dari Royce ini dikatakan mempunyai ethanol lebih dari 5% dan menjadi viral di laman sosial dan juga aplikasi whatsapp dan wechat.
Hari ini, KKM mengesahkan perkara tersebut adalah benar dan menarik balik ubat berjenama Redon tersebut.
Ini antara isi kandungan kenyataan media:
“Kementerian sudah mengarahkan syarikat berkenaan memanggil balik semua produk berkenaan di pasaran dan fasiliti yang terbabit.
“Bagaimanapun, produk itu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) serta mematuhi keperluan kualiti, keselamatan dan keberkesanan. Kandungan alkohol pada produk berkenaan berada pada had yang dibenarkan dan tiada isu keselamatan dilaporkan,”
Jom baca kenyataan penuh:
0 Response to "Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Tentang Isu Ubat Demam, Sirap Paracetamol"
Post a Comment