Bukit Mertajam – Seorang pemandu kren maut selepas tiang kenderaan itu patah dan menghempapnya di tapak projek pembinaan di Jalan Kebun Nanas di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 9.45 pagi itu, mangsa yang tersepit meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Mayat mangsa kemudiannya dikeluarkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda kira-kira 20 minit kemudian sebelum dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.
0 Response to "NGERI !! Maut Dihempap Kren Sendiri"
Post a Comment