KOTA BHARU – Seorang wanita penjual kosmetik online yang rakaman perbuatannya menjadi viral di laman sosial dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan iaitu mencederakan dan mencabul kehormatan seorang wanita berusia 22 tahun pada 15 Oktober lalu.
Tertuduh, Nurul Atikah Hanafi, 27, mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.
Mengikut pertuduhan pertama, Nurul Atikah bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa berniat mencederakan Nur Azzlaila Suzzana Ab. Halim, 22, dengan menggunakan kaki dan tangan sehingga mendatangkan kecederaan kepada mangsa.
Ekoran tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau didenda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Menurut pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa dengan maksud untuk mencabul kehormatannya.
Nurul Atikah didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan rumah No. 3K, Wakaf Mek Zainab di sini pada pukul 10 pagi 15 Oktober lalu. lapor Kosmo
0 Response to "PADAH !! Nurul Dituduh Cederakan Wanita"
Post a Comment