Johor Baharu – Polis mengesahkan mayat yang dijumpai di kawasan hutan di Taman Impian Emas di sini, Ahad lalu mati dibunuh dan adalah mangsa culik.
Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai, berkata perkara itu disahkan hasil ujian DNA mayat berkenaan dengan waris mangsa.
Katanya, beberapa suspek sudah ditahan di sekitar Taman Ungku Tun Aminah di sini dan Kota Tinggi bagi membantu siasatan.
“Mangsa dikenali sebagai Cheung Zi Hong, 22, yang bekerja sebagai peniaga dan menggunakan alamat terakhir di Taman Timur, Skudai, di sini.
“Kereta Audi TT yang dipandu mangsa ditemui di kawasan Perling. Sebarang maklumat lanjut akan didedahkan pihak polis pada sidang media yang akan dibuat dalam tempoh terdekat,” katanya ketika dihubungi.
Dalam kejadian pada 28 September lalu kira-kira jam 1 pagi, rakan mangsa menerima panggilan daripada nombor yang digunakan Zi Hong mendakwa mangsa ditangkap orang tidak dikenali dan meminta menyediakan wang sebanyak RM50,000.
Mayat mangsa kemudian ditemui orang awam kira-kira ham 2.40 petang di kawasan hutan Jalan Bukit Impian, Taman Impian Emas di sini, Ahad lalu, lapor BH Online
0 Response to "Polis Sahkan Mayat Ditemui di Hutan Adalah Mangsa Culik"
Post a Comment