Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir,pemandunya menemui ajal di situ juga. Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah.
Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan.
Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.
Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau.
Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.
Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan.
Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir.
Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.
Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu…menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah….
Sedihnya Cerita ini, buatkan jantung berdetak laju, air mata mengalir membasahi pipi. Inilah ibumu wahai anak, tidak sanggup lihatmu berlapar walau nyawa ibu semakin hampir di ambil. KREDIT SUPERPOWER83
Related Posts :
2 Wanita Biadap Ganggu Majlis Persidangan Muslim
Dua wanita yang masing-masing berumur 25 dan 31 tahun berkelakuan biadap
apabila mengganggu satu majlis persidangan muslim di Pontoise, … Read More...
Senarai Sekolah Tutup Ekoran Jerebu 15 September 2015
Seperti yang kita tahu, Malaysia kini telah dilanda jerebu akibat pembakaran terbuka di Indonesia turut memberi kesan dan impak kepada nega… Read More...
Sayu : Selamat tinggal jangan menangis sayang .. ibu pergi dulu (3Gambar)
Sayu nya hati melihat anak yang tidak sanggup berpisah dengan ibu, namun ibu terpaksa pergi menunaikan rukum islam ke lima.
Ikuti lagi kis… Read More...
"Selamat Tinggal Jangan Menangis Sayang .. Ibu Pergi Dulu" (3 Gambar)"Selamat Tinggal Jangan Menangis Sayang .. Ibu Pergi Dulu" (3 Gambar)
Sayu nya hati melihat anak yang tidak sanggup berpisah dengan ibu, nam… Read More...
[Terkini] Jerebu: Sekolah di KL, Selangor, Putrajaya, N.Sembilan, Melaka diarah tutup Selasa 15/09/2015
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengarahkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembil… Read More...
0 Response to "Sayu : Kisah Kemalangan SEDIH… Ibu SANGGUP Menyusukan Bayinya Yang LAPAR Sebelum Hembus NAFAS TERAKHIR"
Post a Comment