Kualiti udara di 12 kawasan kembali merosot apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan skala tidak sihat setakat 10 pagi ini berbanding hanya tiga kawasan pada 11 malam tadi.
Menurut rekod dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Nilai, Negeri Sembilan merekodkan bacaan tertinggi iaitu 137 diikuti Seremban (134), Pelabuhan Klang (130) serta Bandaraya Melaka (124).
Di Jambi Indonesia Seorang bayi 15 bulan dilaporkan meninggal dunia setelah mengalami masalah pernafasan akibat jerebu.
Bayi perempuan dikenali Nabila Julia Rahmadani itu menderita batuk dan selesema akibat pencemaran udara.
Memetik laporan SCTV, Nabila meninggal dunia dua hari lalu.
10 hari sebelum meninggal dunia, bayi berkenaan menderita batuk dan selesema teruk.
Nabila disahkan meninggal dunia, ketika menerima rawatan di hospital.
Menurut bapanya, Ahmad, Nabila diserang demam panas dan mengalami sesak nafas sejak sebulan lalu.
Keadaan jerebu yang semakin teruk, memburukkan lagi keadaan Nabila.
Wilayah Jambi mencatatkan situasi pencemaran udara pada paras sangat berbahaya, dengan bacaan IPU sejak beberapa hari lalu mencecah 700.
Diharap para ibu bapa di Malaysia mengawasi anak-anak di musim jerbu yang semakin teruk dan tidak terkawal demi kesihatan mereka. Al fatihah untuk arwah adik Nabila. -KB
Diharap para ibu bapa di Malaysia mengawasi anak-anak di musim jerbu yang semakin teruk dan tidak terkawal demi kesihatan mereka. Al fatihah untuk arwah adik Nabila. -KB
0 Response to "Sayu : Luahan sedih ibu anak meninggal dunia sesak nafas akibat jerebu (3Gambar)"
Post a Comment