Sayu : Pemandu teksi 68 tahun 3 hari bertarung nyawa teksi terjun gaung di Kluang (4Gambar)

Kluang: Pemandu teksi berusia 68 tahun ditemui selamat petang tadi selepas tiga hari di dalam gaung berikutan teksinya terjatuh ke dalam gaung dalam kejadian di Taman Seri Kluang, Selasa lalu.

Mangsa, Johar Kassim ditemui kira-kira 4 petang tadi sebelum usaha membawanya keluar dilakukan oleh anggota bomba.


Penolong Kanan Penguasa Bomba Kluang, Akob Sedek berkata, sebuah jentera bersama enam anggota ke lokasi kejadian .

Ringkasan Laporan Kejadian : 

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI,
SALAM SEHATI SEJIWA,

LAPORAN AWAL KEMALANGAN JALAN RAYA,
ALAMAT : BBP KLUANG,
BALAI TERLIBAT : BBP KLUANG,
KEANGGOTAAN : PKPgB AKOB (0182304454) DAN 6 ANGGOTA,
KELUARAN JENTERA : WUC6846,

TERIMA PANGGILAN : 15:59:00,
LOCENG BUNYI : 15:59:30,
JENTERA KELUAR : 16:00:00,
SAMPAI LOKASI : 16:03:30,
OPERASI TAMAT : 16:26:00,

MAKLUMAT KEJADIAN : SETIBANYA PASUKAN BOMBA DAN PENYELAMAT DI TEMPAT KEJADIAN DIDAPATI BENAR BERLAKU KEMALANGAN JALAN RAYA MELIBATKAN SEBUAH TEKSI JENIS PROTON SAGA (JDS4198) TERBABAS DAN MASUK GAUNG. MANGSA DIPERCAYAI TELAH TERPERANGKAP DALAM KERETA LEBIH 3 HARI,
MANGSA : 1 LELAKI MELAYU 68 TAHUN (CEDERA)
K.O.K BERTUGAS : PPgB SAIFANIZA (01975096991)
SEKIAN UNTUK MAKLUMAN TUAN,
DISEDIAKAN PB AZRIN SUAHIRI (15846)

"Setibanya dilokasi kejadian, seorang lelaki ditemui tidak mampu bergerak kerana keletihan.

"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom Kluang dan keadaannya stabil," katanya. -HM


0 Response to "Sayu : Pemandu teksi 68 tahun 3 hari bertarung nyawa teksi terjun gaung di Kluang (4Gambar)"

Post a Comment