"TIDAK MATANG" Pengakuan Terbaru Linda Rafar Tentang Kes Penceraiannya


Linda Rafar melalui akhbar Utusan telah membuat pengakuan dan kenyataan yang baru tentang hubungannya dengan suami Syed Aiman.

Akui masih sayangkan suaminya dan juga anak-anak, Linda Rafar yang pernah memfailkan penceraian sebelum ini mengesahkan kini mereka sedang dalam proses untuk kembali rujuk.

Linda akui terlalu mengikut emosi dan perasaan ketika menfailkan perasaan, mungkin kerana mengandung katanya lagi.

“Ya, kami dalam proses untuk rujuk. Saya akan hentikan kes itu dalam masa terdekat ini.Saya akui, fasa itu bermula kerana sedang mengandung. Itulah yang memberikan kesan sehingga saya melakukan perkara yang mengarut. Wanita mengandung. Biasalah memang akan cepat sensitif”

“Buat masa ini, saya dan Syed akan berbincang semula mengenai kehidupan kami. Kami juga akan berbincang dengan pihak keluarga untuk langkah seterusnya demi mengukuhkan kembali ikatan kekeluargaan ini,”

“Kami kembali ini juga kerana Syed masih sayangkan saya dan anak-anak. Saya akui, sikap tidak matang saya membuatkan saya cepat membuat keputusan yang terburu-buru. Perkahwinan sangat suci. Bagi saya perkahwinan itu sangat naif dan kita yang perlu mencorak dan membentuknya”

“Kami berdua pernah gagal dalam perkahwinan pertama. Perkara itu memberikan kami banyak pengajaran. Takut lagi untuk hadapi semua itu. Tapi, saya bersyukur kerana apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya sendiri perlu bersangka baik jika diuji perkara sebegini. Doakan kami ya,”

Semoga hubungan semakin kuat dan akrab selepas ini.

0 Response to ""TIDAK MATANG" Pengakuan Terbaru Linda Rafar Tentang Kes Penceraiannya"

Post a Comment