Tun Mahathir Ajar Pengundi Pekan Singkir Najib Razak
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa pengundi di Pekan, Pahang memastikan Presiden Umno itu kalah dalam pilihan raya akan datang.
Ajar orang Pekan Singkir Najib
Mengulas lanjut tentang cara yang boleh diambil orang ramai untuk memaksa Najib berundur, Dr Mahathir berkata, pengundi di Pekan perlu membiarkan anak bekas perdana menteri itu kalah.
Tetapi pada masa sama, katanya, mereka perlu memastikan Umno tetap menang di tempat lain.
Ini komennya:
"Kalau dia tak mahu undur, jangan undi (Najib) di Pekan. Jangan bagi Umno kalah (di tempat lain) tetapi kalahkan Najib,"
"Kalau bijak, (mereka) akan pastikan (calon Umno) Pekan kalah.
"Boleh atau tidak kita berpakat, ia ditentukan oleh orang Pekan. Orang ini (Najib) pencuri, biarkan dia kalah tetapi biar Umno menang,"
Melayu Lebih Diutamakan
Dalam sesi itu juga Dr Mahathir mahu ahli Umno memikirkan kepentingan bangsa Melayu terlebih dulu berbanding kepentingan parti.
Justeru, Dr Mahathir mencadangkan supaya ahli parti itu belajar daripada masyarakat Cina yang bersatu apabila "kepentingan mereka terancam".
"Saya lihat orang Cina kalau kepentingan kaum itu terancam mereka mereka akan lupakan kepentingan parti mereka terlebih dahulu," katanya.
Ringgit Naik Kalau Najib Disingkir
Sementara itu Dr Mahathir berkata, nilai ringgit dan keadaan ekonomi negara akan pulih jika Najib tidak lagi menjadi perdana menteri.
Katanya, skandal 1MDB yang dikaitkan dengan Najib selain isu derma RM2.6 billion merupakan penyumbang utama kepada penurunan mata wang yang kini mencecah RM4.45 bagi setiap AS$1.
"Saya yakin kalau Najib tidak jadi perdana menteri, nilai mata wang kita akan meningkat, barulah bencana akan berakhir.
"Nak selesai itu hanya kalau Najib tidak ada. Selagi Najib masih ada, masalah tidak akan selesai," katanya kepada media selepas majlis berakhir.
Jelas Dr Mahathir, pendiriannya itu dibuat berdasarkan kenyataan pernah dikeluarkan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebelum ini.
0 Response to "Tun Mahathir Ajar Pengundi Pekan Singkir Najib Razak"
Post a Comment