8 Perkara Perlu Dielakkan Pada Bayi Baru Lahir

8 Perkara Perlu Dielakkan Pada Bayi Baru Lahir


Ini merupakan satu artikel yang dikongsikan untuk penjagaan bayi baru lahir.

8 perkara yang perlu dielakkan dan jangan dilakukan pada bayi baru lahir. Ini tips khas buat pasangan yang bakal menimang cahaya mata.

Jom baca:

1. Jangan beri sembarangan orang cium / pegang

Pada minggu pertama hidup bayi, pendedahan ada bakteria dan kuman boleh beri masalah serius. Cium baby sebenarnya tiada masalah tetapi jika terlalu ramai tetamu yang datang dan cium bayi, jangkitan kuman boleh berlaku.

 Ini kerana sistem imunisasi mereka belum berfungsi sepenuhnya. Artis, Che Ta sendiri pernah memberitahu perkara ini.

Ada juga yang masih awkward untuk pegang baby dan boleh terjatuhkan baby, atau menyebabkan kesakitan pada leher bayi yang masih tidak kuat di awal kelahiran.

2. Jangan ubah suasana rumah

Bayi memang perlukan perhatian tapi tak perlulah sampai mengubah suasana rumah. Ini memang selalu diamalkan. Antaranya seperti langsung tak boleh pasang televisyen, nak cakap pun slow-slow.

Ada yang sentiasa tutup pintu dan langsir kerana bimbang bising dan cahaya terang sangat. Suasana yang sedikit bising tak beri masalah, biarkan bayi terbiasa dengan suasana itu.

3. Jangan biar lampir kotor terlalu lama

Ruam merupakan perkara yang biasa kepada bayi. Ini akan bertambah teruk jika lampin tidak selalu ditukar. Bayangkan anda sendiri mempunyai air kecing dan najis sudah pasti tidak selesa. Periksa selalu keadaan lampin supaya bayi selesa dan untuk mengelakkan ruam.

4. Jangan biasakan guna puting

Baru seminggu lahir bayi sudah beri puting, tindakan ini tidak elok. Pemberian puting terlalu awal boleh kelirukan rutin penyusuan. Sebabnya bayi memang suka menghisap. Terbaik berikan susu ibu sebab bayi sudah terbiasa dengan suhu tubuh, degupan jantung dan bau ibu.

5. Jangan terlebih gaya

Ada ibu yang terlalu teruja mahu memakaikan baju cantik pada bayi. Boleh, tapi jangan berlebihan baju penuh renda dan anak tak selesa. Selain itu ramai ibu selalu bimbang bayi sejuk dan pakaikan baju tebal. Baju yang begini boleh menyebabkan bayi demam dan dehidrasi. Perhatikan kesesuaian cuaca dan keselesaan bayi.

6. Jangan lambat dapatkan rawatan

Jika demam ketika bayi, sila dapatkan segera rawatan di klinik. Demam yang terlalu tinggi boleh membahayakan bayi dan boleh mendapat sawan. Kalau demam pula, jangan dipakaikan selimut, lagi akan menyebabkan suhu badan naik. Sebaiknya pergi menerima rawatan di klinik dan juga elakkan aircond.

7. Jangan beri makan bayi 6 bulan ke bawah

Untuk beri makan, disarankan bermula pada umur 6 bulan ke atas dan hanya bubur atau nestum sahaja. Ini penting agar bayi tidak mempunya masalah penghadaman.

8. Jangan abaikan temu janji doktor

Doktor akan mengatur jadual pemeriksaan untuk bayi jadi jangan sesekali abaikan terutama  bila nampak bayi ada masalah. Ibu bapa baru memang selalu risau tentang perkara yang sebenarnya normal dan doktor mampu memberi penjelasannya. Selain itu, disarankan mengambil suntikan imunisasi.

Sebenarnya banyak lagi, tapi ini merupakan antara tipsnya :)

0 Response to "8 Perkara Perlu Dielakkan Pada Bayi Baru Lahir"

Post a Comment