Hanez Suraya Enggan Dedah Jantina Anak

 

PASTI pelakon cantik Hanez Suraya dah tak sabar-sabar menanti ketibaan cahaya mata sulungnya yang dijangka lahir penghujung tahun ini.

Peminatnya juga, tentu mahu tahu jantina anak kepada pelakon kesayangan mereka itu kan.
Namun, Hanez mendedahkan kepada pihak media bahawa dia belum bersedia untuk memaklumkan mengenai jantina anaknya kepada umum.
Memperlahankan aktiviti seni buat masa ini, Hanez turut menceritakan pengalaman hamil yang menceriakan hidupnya.
“Alhamdulillah keadaan saya sekarang terkawal cuma kadang-kadang itu biasalah bayi dalam perut lasak sedikit, mula menendang perut saya dengan kuat. 
Kadang-kadang sampai sesak nafas dibuatnya. Tapi pada masa sama seronok melayan gelagatnya. Jujur saya cukup bahagia melewati fasa hamil ini,” katanya kepada Berita Harian.
Hanez bernikah dengan duda anak dua, Romie Razin Adilha pada 14 Mac lalu di Masjid Putra, Putrajaya.
Semoga proses bersalin Hanez berjalan dengan selamat kelak, insya-Allah.
– MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Hanez Suraya Enggan Dedah Jantina Anak"

Post a Comment