JDT JUARA: Sultan Johor Dan TMJ Tunai Nazar, Derma RM 1 Juta

JDT JUARA: Sultan Johor Dan TMJ Tunai Nazar, Derma RM 1 Juta


Tahniah buat JDT yang masih dilanda demam bola ekoran kemenangan bersejarah merangkul kejuaraan AFC Cup.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim bertitah akan menderma RM1 juta kepada rumah anak yatim di Johor bagi memenuhi nazarnya susulan kemenangan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjulang Piala AFC.

Sultan Ibrahim bertitah bahawa Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut bernazar akan menderma kepada semua masjid di Johor jika pasukan JDT menang pada perlawanan akhir itu.

Ini titah baginda:

"Tunku Mahkota Johor kata dia ada bernazar bahawa jika JDT menang, maka dia akan menderma kepada semua masjid di Johor dan saya sendiri pula sudah bernazar untuk menderma sebanyak RM1 juta kepada rumah anak yatim di Johor," 

Sultan Ibrahim bertitah, kejayaan JDT adalah berkat doa semua rakyat Malaysia dan kesungguhan pasukan itu yang bermain bermati-matian hingga ke tiupan wisel terakhir.


0 Response to "JDT JUARA: Sultan Johor Dan TMJ Tunai Nazar, Derma RM 1 Juta"

Post a Comment