Terima Padah: Video Pelajar Berpelukan Disiasat Kementerian Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan menyiasat video yang menjadi viral tentang dua oang pelajar yang dilihat berpelukan dan bercumbu di kawasan sekolah.
Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata kementerian itu masih dalam proses mengenal pasti sekolah yang terlibat.
Ini komennya:
"Isu ini sudah sampai ke pengetahuan saya. Kami akan siasat bagi mengetahui di mana dan bila kejadian itu berlaku,"
Satu video berdurasi 15 saat yang menunjukkan seorang pelajar perempuan berlari dan memeluk seorang pelajar lelakisambil disaksikan oleh rakan-rakannya.
Pelajar lelaki berkenaan sebelum itu dilihat melutut sambil 'melamar' pelajar perempuan tersebut yang dipercayai teman wanitanya.
Perbuatan itu menerima tepukan dan sorakan daripada rakan-rakan mereka yang berada di kawasan sekolah berkenaan.
0 Response to "Terima Padah: Video Pelajar Berpelukan Kini Disiasat Kementerian Pendidikan"
Post a Comment