Jururawat Menari Hiburkan Pesakit Di Hospital

Jururawat Menari Hiburkan Pesakit Di Hospital

VIRAL menerusi laman sosial sebuah video memaparkan sekumpulan jururawat di luar negara yang menari untuk menghiburkan pesakit.##

Video amatur yang berdurasi 3 minit lebih itu dimuat naik oleh sebuah page di laman Facebook semalam. Bagaimanapun, sumber tidak menyatakan di mana dan bila kejadian itu dirakamkan.##
Namun berdasarkan video dimuat naik itu, terdapat tulisan Siam pada banner, di samping muzik yang digunakan untuk menari juga berentak Siam. Berkemungkinan ia dirakam disalah sebuah hospital yang terdapat di Thailand.##
Video yang tersebar menerusi laman Facebook itu telah ditonton hampir 46 ribu kali oleh pengguna alam maya dan dikongsi sebanyak 400 kali.##
Jururawat Menari Hiburkan Pesakit Di Hospital
Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Muhd Hazwan berkata: “Gelek tiang sikit haha… Lepas ni yang tak sakit pun nak masuk wad… Tak macam sekarang aku tengok nurse pun takut huhu garang.”##

Manakala seorang lagi Mohamad Hanif Omar memuat naik komen dengan nada berseloroh: “Harap-harap tiada comment ‘insaf la ingat mati… ingat Tuhan bla bla bla’. Hmmm..itu saja dari hamba.”##
Meskipun ramai pengguna sosial yang memuji tindakan para jururawat itu, namun ada juga segelintir yang tidak suka dengan perlakuan dilakukan itu.##
Apa akan berlaku sekiranya jururawat di Malaysia buat seperti dalam video berkenaan. Agak-agak dipuji atau dikecam. Hurmmm…##

0 Response to "Jururawat Menari Hiburkan Pesakit Di Hospital"

Post a Comment