Punca Dua Beranak Maut Terjun Dari Tingkat 32 Di Kondominium Kiara Bukit Jalil

uh
Dua Beranak Maut Terjun Dari Tingkat 32|Kuala Lumpur: Dua beranak ditemui mati selepas dipercayai terjun dari tingkat 32 kondominium di Kiara Residence 2, Bukit Jalil, di sini, petang tadi.#
Mayat wanita berusia 23 tahun bersama anak lelakinya berusia 3 tahun itu ditemui oleh penghuni kondominium berkenaan pada 2 petang dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di koridor tingkat satu.#
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan kejadian pada 2.20 petang.#
“Siasatan dilakukan mendapati wanita dan kanak-kanak itu sudah meninggal dunia akibat kecederaan di kepala, badan dan kaki.#
“Pemeriksaan dilakukan turut menemui telefon bimbit mangsa di tingkat 32 iaitu tingkat yang paling atas kondominium berkenaan,” katanya menerusi kenyataan media.#
Menurut Chong, pihaknya turut mengambil keterangan daripada suami wanita berkenaan yang bekerja sebagai ejen hartanah sambilan. Katanya, ketika kejadian suami wanita terbabit berada di rumahnya di tingkat sembilan kondominium berkenaan.#
“Difahamkan, wanita terbabit memaklumkan kepada suaminya mahu keluar untuk membuang sampah bersama anaknya. Bagaimanapun, dia terdengar bunyi benda jatuh dari arah tingkap rumahnya dan keluar sebelum melihat mayat isteri dan anaknya.#
“Difahamkan isterinya kerap kemurungan dan pernah mendapatkan rawatan psikiatri sekitar Mei atau Jun lalu.#
“Siasatan lanjut masih dijalankan dan mayat dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk dibedah siasat,” katanya.#

0 Response to "Punca Dua Beranak Maut Terjun Dari Tingkat 32 Di Kondominium Kiara Bukit Jalil"

Post a Comment