SEDIHNYA!! MOHON SEBARKAN!! Kerana MISKIN Tak Mampu Sewa Ambulan Lelaki Ini Usung Mayat Isteri 10 KM !!!


Inisden memilukan ini dilaporkan berlaku di daerah Kalahadi, di Orissa, India. Seperti dikutip India Today, Jumaat, 26 Ogos 2016, isteri Dana, Amang Deis berumur 42 meninggal dunia kerana batuk kering di hospital di Bhawanipatna .
Share to Facebook

Pada Rabu pagi Dana bersama anak perempuannya membawa jasad isterinya yang dibalut dengan kain. Dana harus berjalan ke rumahnya di desa Melghara di Rampur yang berjarak sekitar 60 km dari Hospital Bhawanipatna.

Baru menempuh perjalanan sejauh 10 km, beberapa wartawan tempatan membantu menyewa ambulan untuk Dana dan anak perempuannya.

Dana mengatakan telah melakukan berbagai macam cara untuk mendapatkan izin menyewa ambulan di hospital tersebut, tetapi gagal.

“Saya mengatakan kepada pihak hospital bahawa saya orang miskin dan tidak mampu menyewa kenderaan. Walaupun sudah berkali-kali meminta, tapi mereka mengatakan tidak boleh menawarkan bantuan,” kata Dana kepada saluran televisyen tempatan.

Video ketika Dana dan anak perempuannya susah payah membawa jasad isterinya tersebar luas di YouTube. Banyak netizen yang merasa kasihan kepada Dana yang rela menempuh perjalanan jauh sambil membawa jasad isterinya.Jom saksikan video berikut ini:

0 Response to "SEDIHNYA!! MOHON SEBARKAN!! Kerana MISKIN Tak Mampu Sewa Ambulan Lelaki Ini Usung Mayat Isteri 10 KM !!! "

Post a Comment