5 Makanan Untuk Diambil Jika Anda Ingin Untuk Hidup Lama

diet panjang umur
Salah satu cara terbaik untuk anda menambah usia anda adalah dengan mengubah cara pemakanan anda sendiri.
Kajian mendapati diet harian adalah merupakan salah satu faktor utama yang menentukan berapa lama anda akan hidup dan adakah anda berpotensi untuk megidap penyakit kronik yang boleh memendekkan umur.

Berikut adalah beberapa jenis makanan untuk diambil yang boleh membantu memanjangkan usia anda.

sumber kacang

1. Sumber Kekacang Boleh Membantu Anda

Berita baik untuk semua penggemar makanan kekacang – ia boleh membantu untuk memanjangkan usia sesiapa yang mengambilnya sebagai diet harian.
Cuma pastikan anda tidak terlebih dalam pengambilannya – terlalu banyak mengambil bahan kekacang boleh menjadi buruk untuk anda. Pakar menggalakkan anda hanya untuk mengambil segenggam kacang untuk sehari.
roti bijirin

2. Sumber Bijirin Penuh Boleh Membantu Anda

Anda tentu sudah sedia maklum bahawa roti kosong biasa amat kurang dengan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita.
Namun tahukah anda roti bijirin penuh, pasta dan pastri yang dibakar dalam ketuhar mempunyai potensi untuk memanjangkan usia kita? Ini kerana ia membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan penyakit lain yang memendekkan umur.
makanan pedas

3. Makanan Pedas Membantu Anda

Jom kita serbu dan mula makan makanan dengan sos pedas hari ini – kajian mendapati memakan makanan pedas boleh membantu memanjangkan usia anda.
Daripada kebanyakan kajian yang dijalankan mendapati mereka yang mengambil makanan pedas mempunyai potensi yang rendah untuk mendapat risiko penyakit yang memendekkan usia dari mereka yang tidak mengambilnya.
rumpai laut

4. Rumpai Laut Boleh Membantu Anda

Ini adalah sebab yang baik untuk anda mula memesan makanan sushi dan salad rumpai laut pada malam ini – memakan rumpai laut boleh mengurangkan keradangan, meningkatkan sistem imunisasi dan memperlahankan penumbuhan kanser.
Oleh kerana itu , masyarakat Jepun mempunyai jangka hayat yang paling panjang antara kesemua di dunia ini.
salmon

5. Ikan Boleh Membantu Anda

Kami sentiasa memikirkan ikan sebagai makanan yang paling sesuai untuk minda – dan untuk sebab yang munasabah.
Kajian mencadangkan bahawa kompaun di dalam ikan ini yang dipanggil karotene boleh membantu memelihara anda daripada penyakit yang berkaitan kepala.

0 Response to "5 Makanan Untuk Diambil Jika Anda Ingin Untuk Hidup Lama"

Post a Comment