BERAPA RAMAI YANG SUDAH MENJADI MANGSA VIDEO PRANK IPHONE 7 INI?




Pasti ramai yang sudah menjadi mangsa video prank yang dikongsi meluas di laman Facebook, kononnya sound test bagi iPhone 7 yang kini terhangat di pasaran. Sebaik saja video itu dimainkan, ternyata bukan 'sound test' yang sebenar. Sebaliknya bunyi pasangan sedang melakukan persetubuhan.

Malanglah nasib jika anda sudah terkena dan ditambah pula volume telefon pintar anda ditetapkan pada bunyi kelantangan yang paling tinggi. Sudah pasti orang di sekeliling memberi pandangan serong terhadap anda.

Seorang individu juga meminta kami menyiarkan perkara ini agar ramai yang tidak menjadi mangsa video prank oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

"Assalamualaikum admin. Boleh tak nak share gambar untuk dipost supaya orang ramai tidak terperdaya dengan video ini," kata individu yang tidak ingin dikenali namanya.

Menurut sumber, sesetengah netizen terutamanya golongan wanita tidak merasakan perkara itu mengaibkan orang sehingga menganggap golongan yang tidak boleh menerima gurauan seperti itu adalah budak-budak.

Terdahulu, Ustaz Muhammad Naim Sulaiman, pernah memberikan pandangannya mengenai isu video prank yang mengaibkan pengguna di media sosial ini.

Menurut Ustaz Muhammad Naim, prank adalah budaya kafir yang tiada had menjatuhkan maruah orang lain termasuk emosi, keselamatan dan air muka mangsanya. Umat Islam ditegah mengikut budaya yang tidak bermanfaat ini yang tidak ubah mengikut jejak Yahudi selangkah demi selangkah.

Islam juga melarang umatNya mengaibkan orang lain. Barang sesiapa yang menginkari larangan ini maka ia akan menjadi fasik.

Meskipun niatnya hanya mahu bergurau, tetapi jika gurauan sehingga menjatuhkan air muka mangsa, apakah anda larat mencari seorang demi seorang mangsa anda untuk meminta maaf di padang mahsyar kelak?

Jadi, usahlah kongsikan video yang tidak bermanfaat itu jika anda masih waras. Sebarkan teguran ini di Facebook anda. Belum terlambat untuk 'menyelamatkan' mereka yang lain. -The Reporter

0 Response to "BERAPA RAMAI YANG SUDAH MENJADI MANGSA VIDEO PRANK IPHONE 7 INI?"

Post a Comment