Pemuda bernama Mohamed Hafiz, yang sepatutnya berkahwin dengan Fara Fauzana pada 17 September ini, berkata akan membuat kenyataan berhubung pembatalan perkahwinannya dengan personaliti radio dan televisyen itu dalam masa terdekat.
Artikel berkaitan - Sebab Fara Fauzana batalkan pernikahannya
Hafiz ketika dihubungi enggan memberi respon lanjut mengenai kenyataan media yang dikeluarkan Fara petang tadi.
Setakat ini, saya tidak ada sebarang komen. Tunggulah sehari dua nanti. Saya pun baru tahu mengenai kenyataan media itu daripada pemberita yang menghubungi saya, katanya.Tambah Hafiz, selama ini beliau tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan atas sebab peribadi.
Sebelum ini, identiti lelaki terbabit menjadi persoalan apabila Fara hanya memperkenalkannya dengan nama Hafiz, tanpa memberikan maklumat lanjut mengenai dirinya.
Ia juga kenyataan pertama daripada pemuda itu, sejak Fara mengadakan sidang akhbar mengenai perancangan perkahwinan dirinya pada 1 Ogos lalu.
Sebentar tadi, Fara atau nama penuhnya Fara Fauzana Mohd Fadzli, 36, memaklumkan perkahwinan beliau dengan jejaka bernama Hafiz yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini dibatalkan.
Menerusi kenyataan media yang dibuat oleh Fara, beliau berkata, keputusan itu dibuat atas beberapa sebab peribadi yang sukar untuk dikongsikan dengan umum.
Tambah Fara, keputusan itu juga dibuat selepas memikirkan perkara itu sebaik-baiknya, selain membincangkan hal berkenaan bersama kedua-dua orang tuanya.
Sumber: Berita Harian
0 Response to "INILAH !!!! RESPON HAFIZ MENGENAI PEMBATALAN NIKAH DENGAN FARA FAUZANA"
Post a Comment