INILAH !!!! SIKAP JAHILIYAH, 'PRANK' RAKAN DENGAN VIDEO KELUAR SUARA LATAR LUCAH BOLEH JATUHKAN MARUAH SESEORANG


Sudah pasti ramai kita pengguna Facebook atau media sosial lain pernah terkena dengan video yang sengaja dihasilkan untuk mengenakan orang lain iaitu video yang mengeluarkan lucah perempuan sedang mengerang.

Memang banyak video yang dihasilkan untuk 'prank', namun ia tidaklah keterlalu, video mengeluarkan suara lucah ini sudah pasti menjatuhkan maruah orang yang membukanya di khalayak ramai seolah-olah sedang menonton filem lucah tanpa segan silu.

Seorang lelaki bernama Muhammad Naim Sulaiman telah memuatnaik sebuah status menempelak sikap orang sebegini kerana menjatuhkan maruah orang lain dan menyifatkan individu berkenaan sebagai Jahiliyah.

Jom kita baca.


Menjatuhkan maruah seseorang dengan suara latar "seks" apabila video yg tidak berkaitan dibuka. Sesetengah pelaku yang tiada maruah "memancing" pengguna sosial FB untuk membuka video yang diupload kononnya video kemalangan, video pesakit kronik, video amal kebajikan, tetapi pengguna "dikenakan" gurauan kononnya "prank" dan keluar suara orang melakukan seks.

Pertama, Prank.

Prank adalah budaya orang kafir yang tiada had menjatuhkan maruah orang lain termasuk emosi, keselamatan dan air muka seseorang yang dikenakan.

Budaya ini dipraktikkan di negara Kafir Laknatullah Amerika khasnya, dan sebilangan orang Islam sudah pun mengikut budaya ini.

Benarlah kata-kata baginda Rasulullah, "umatku di akhir zaman akan mengikut Yahudi selangkah demi selangkah, sejengkal demi sejengkal, sehinggakan jika Yahudi masuk ke dalam lubang biawak pun ia akan ikut".

Dan sabit pula dengan hadis yg lain:


عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ ) رواه أبو داود


Drp Ibnu Umar R.A berkata: Baginda Rasulullah Saw bersabda, Barangsiapa menyerupai kaum itu maka dialah kaum itu.

Keterangan: mengikut akan budaya Mazmumah daripada golongan kafir yang bertentangan dgn syariat Islam serta menjatuhkan air muka seseorang.

Kedua, Aib.

Larangan Allah mengaibkan orang lain. Dalam Surah al-Hujurat, ayat 11, Allah SWT dengan jelas melarang umat Islam dari menyatakan keaiban orang lain. Dalam ayat yang sama disebut bahawa mereka yang mengingkari larangan ini, ia menjadi fasik, maka hendaklah ia bertaubat.

Larangan ini begitu penting sekali dipatuhi sehingga ia diulangi dalam ayat yang berikutnya,"... dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang...". Tidak cukupkah ayat-ayat ini memandu kita ke jalan yang benar?

Meskipun ayat itu menyentuh tentang intip dan mencari kesalahan, apakah ia tidak sama dengan menjadikan seseorang itu menanggung aib dan malu jika video bersuara seks itu secara tidak sengaja dimainkan disebelah sahabat2 atau sanak saudara?

Maka mereka yang melakukan video tersebut adalah golongan Fasik dan mereka yg menanggung malu dan jatuh air mukanya akan menuntut bela di mahkamah Robbul Jalil kelak.

Alaa.. Kecoh la org nak gurau je. Gurau tok mung sampai jatuh air muka orang lain. Larat ke nak cari sorang2 nak minta maaf di Padang Mahsyar kelak? Ingat padang besar court tenis ke?
Kenapa jadi gini?

Kerana J.A.H.I.L.I.Y.Y.A.H.

Kadang2 orang boleh kenal kita jahil atau tidak hanya dengan perilaku kita sendiri.

Berikut adalah reksi netizen




Sumber: Siakapkeli.my

0 Response to "INILAH !!!! SIKAP JAHILIYAH, 'PRANK' RAKAN DENGAN VIDEO KELUAR SUARA LATAR LUCAH BOLEH JATUHKAN MARUAH SESEORANG"

Post a Comment