SEDIH BETUL... TAK CUKUP SANTAU KEDAI RUNCIT, MAK AKU PUN KAU SANTAUN SEKALI... JAHAT BETUL...

Gambar Hiasan

Dulu keluarga aku ada buka kedai runcit di kampung. Boleh dikatakan kedai kamilah yang paling maju di kampung itu. Kira dulu masa keluarga aku buka kedai itu, kalau aku jalan-jalan di kampung, mesti orang kenal aku. 

"Ini anak tokey kedai *** kan?"

Mula dari bawah sampai atas dan atas. Semua barang ada. Kalau malam raya, lagi meriah kedai itu. Lebih meriah dari shopping mall, aku rasa. Di kampung itu, kalau kedai ada CCTV, kira gempaklah. Alhamdulillah sejak buka kedai itu, hidup kami sekeluarga senang. 

Namun, 3-4 tahun selepas itu, keadaan kedai semakin merosot. Bukan merosot disebabkan mak dan ayah sudah malas nak meneruskan ke apa. Ini disebabkan buatan orang. Allahu. 

Pertama, mak pernah terjumpa tahi dan jarum di depan kedai pada awal pagi semasa mahu membuka kedai. Masa itu, keadaan kedai boleh dikatakan masih baik lagi dan mak tidak mengesyaki apa-apa. 

Selepas itu ada lagi. Satu malam itu, mak dan ayah ambil keputusan untuk menunggu dalam kedai sehingga jam 2-3 pagi. Mereka mahu melihat dari rakaman CCTV, siapa yang meletakkan benda-benda menyesatkan seperti ini di depan kedai. Dalam jam 1-2 pagi, ternampak kain putih terbang di depan kedai sekali lalu. Mak dan ayah apa lagi, terus balik. 

Seterusnya ada orang yang berpakaian serba hitam masuk ke dalam kedai. Dia round-round kedai itu 2-3 kali dan terus keluar tanpa membeli apa-apa. Mak aku dah mula rasa pelik tetapi tak apalah, husnuzon. 

Selepas itu ada seorang pakcik kampung ini, dia seperti tahu yang kedai kami terkena buatan orang. Lalu dia memaklumkan perkara itu kepada mak bahawa kedai ini terkena buatan. 

Bermula dari situlah mak ayah berikhtiar macam mana nak menghapuskan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Malangnya, segala usaha mereka gagal dan keadaan menjadi semakin teruk. 

Pernah sekali pembekal datang nak menghantar barang tetapi kenderaannya berlalu pergi sahaja bila melihat kedai kami. Mak pantas menghubunginya bertanya mengapa tidak berhenti untuk hantar abrang? Katanya tadi dia lalu kedai, kedai tutup. Mak pun menjadi hairan lalu menyuruh dia berpatah balik. Dia kembali semula dan memang dia nampak kedai buka elok saja. Dia pun terkejut.

Pernah juga terjadi di mana seorang wanita tua berjalan kaki nak ke kedai kami pada petang itu. Selepas itu pekerja-pekerja kami kalau tak ada pelanggan, mereka akan selalu lepak duduk atas tong ais sembang dengan makcik-makcik yang datang singgah. Biasalah kampung. 

Semasa mereka tengah bersembang, mereka ternampak wanita tua ini seperti kebinggungan di tengah jalan depan kedai. Mereka panggil wanita itu banyak kali tetapi dia tidak dengar dan masih lagi kebinggungan. Selepas itu salah seorang dari mereka pergi menarik dia datang ke kedai dan barulah dia sedar. 

Wanita itu berkata, semasa dia berjalan nak datang ke kedai, sekelilingnya dipenuhi dengan hutan menyebabkan dia terpingga-pingga di situ. 

Lebih teruk lagi, telur di kedai menjadi busuk, banyak pelanggan yang datang mengadu kata ada telur yang busuk, ada yang isi kosong. Allah! Dan beras pula, kalau ditanak mesti ada ulat. Mak pernah tanak nasi beras itu, memang ada. Tetapi yang peliknya aku saja yang selalu nampak. Setiap kali nak makan nasi, mesti ada ulat. 

Mak sudah banyak kali berjumpa dengan ustaz-ustaz. Memang betul ada ulat dan telur apa semua itu buatan orang. Katanya orang Melayu, selebihnya tidak diberitahu. 

Perniagaan kedai runcit semakin hari semakin merosot teruk. Ada masa sehari hanya mampu dapat jualan sebanyak RM20-RM30 begitu sahaja. Nak bayar gaji pekerja pun tak lepas. Selepas itu dengan mak aku sekali kena buatan orang. Sumpah aku tengok pun kasihan gila. Sampailah dia nak jejak kaki dekat kedai itu pun dia tak boleh tahan dah. Mak pun jual kedai itu. 

Selepas kedai itu dijual, pemilik baru panggil ustaz bomoh datang menangkap segala jin yang ada dalam kedai di kampung itu. Nak dijadikan cerita, malam di mana pemilik baru bawa pak-pak bomoh tangkap jin itu, malam itulah mak aku kena rasuk teruk. Allahu. Aku tengok pun sampai menangis-nangis. 

Rupa-rupanya ibu (jin) ada pada mak aku dan anak-anak jin itu ada di kedai, menurut apa yang dijelaskan oleh bomoh berkenaan. Agak lama juga mak tanggung derita terkena buatan orang, sekarang dia sudah sembuh, alhamdulillah. 

Kepada Melayu, janganlah mudah dengki. Percayalah pada rezeki Allah. Aku salute Cina. Dari pandangan aku, walaupun mereka buka kedai runcit sebelah menyebelah pun kedua-duanya boleh maju. Aku tak pukul rata, aku tak kata semua Melayu mudah dengkit. Jangan kecam aku, semua ini dari pandangan aku snediri. Sampai sini sajalah cerita aku. 

0 Response to "SEDIH BETUL... TAK CUKUP SANTAU KEDAI RUNCIT, MAK AKU PUN KAU SANTAUN SEKALI... JAHAT BETUL..."

Post a Comment