UAMI POTONG HIDUNG ISTERI KERANA GAGAL BAYAR DUIT HANTARAN.

Seorang Isteri mengalami detik-detik cemas dan cacat seumur hidup selepas suaminya mengambil tindakan gila memotong hidung isterinya itu selepas keluarga isterinya gagal membayar duit hantaran kahwin yang di janjikan oleh ayahnya ketika mereka berkahwin.

Isteri Kamlesh Rathore berusia 25, dari Shahjahanpur, Uttar Pradesh, india berkata, Sanjeev Rathore berusia 27 merupakan suami yang dikahwininya sejak lapan tahun lalu, suami selalu mendesak saya membayar 50,000 rupee (RM3,085) duit hantaran kahwin sejak hari kami berkahwin.
Invalid Domain Name
“Dia mendesak saya setiap hari untuk membayar duit hantaran itu. Saya berulang kali memberitahunya yang ayah saya miskin dan tidak mampu membayar duit itu tetapi suaminya tidak mengendahkan rayuannya“ Disebabkan duit dia sering memukul saya dan mengugut memotong hidung saya. Saya dipukul menggunakan tali pinggang, kasut serta kayu dan selalu diseksa.

“suami saya selalu mabuk tiap-tiap malam dan menuduh saya sebagai bekas pelacur dan mengugut untuk menjual saya. Sepanjang lapan tahun perkahwinan kami memang saya selalu didera,” katanya. Saya diserang oleh ibu bapa mentua dan suami ketika sedang masak.

“Tiba-tiba ibu dan bapa mentua memegang saya dari belakang manakala suami terus mengambil pisau dan memotong hidung saya. “Malah dia sempat berkata ‘Beginilah rupa kamu sekarang sampai bila-bila’ sebelum mereka semua melarikan diri,” katanya.
:)

0 Response to "UAMI POTONG HIDUNG ISTERI KERANA GAGAL BAYAR DUIT HANTARAN."

Post a Comment