”Aku Tak sangka Mira(Bukan Nama Sebenar) Sanggup Buat Begitu!Aku ini ibu dia,.Berzina Depan Mata Aku Ibu Kandungnya Sendiri!,.jelas terpancar kekecewaan dan perasaan geram terhadap satu satunya Anak gadis yang dia ada.
Mengimbau kembali saat yang paling Menyakitkan bagi seorang Ibu 9 Tahun Yang Lalu,Puan Midah(Bukan Nama Sebenar) Menceritakan Semula Apa Yang Berlaku Terhadap Anak Gadisnya Mira.
Waktu Itu Aku Berasa Tidak Sihat,Maklum sajalah,Kerja Kontrak Di bawah Panas Matahari Lagi membuatkan Kesihatan Bertambah Terjejas,Jika Suami aku Masih Ada Tentu Sekali Aku hanya Memasak D Rumah Sementara Menunggu Kepulangan Suamiku Dari Tempat Kerja,Suamiku Meninggal Dunia Ketika Mira Berusia 10 Tahun,Maka untuk membesarkan Mira Aku Harus Bekerja Sekalipun Sebagai Pekerja Kontrak Asalkan Ada Gaji Buat aku Untuk Menyara Kami Dua Beranak.
Aku Memberitahu Towkey Lim,Boss Tempatku Bekerja untuk pulang awal sedikit pada hari itu,Syuku lah Boss aku Memahami Para pekerjanya,Memandang kan Tiada Kenderaan Untuk Aku pulang Maka Aku berjalan kaki selama lebih kurang 20 minit,sungguh meletihkan,sudah lah tidak sihat,Memang tempatku bekerja ada kenderaan yang mengambil serta menghantar kami,tetapi kerana aku terpaksa pulang maka aku harus pulang sendiri.
Dari Jauh aku terlihat sebuah motosikal ,..
“Eh,Motor Siapa ini??kawan Mira Kot?”aku tertanya-tanya sendiri tentang motosikal itu namun aku tidak mengesyaki apa-apa melainkan berfikir mungkin kawan mira datang ke rumah kami.
“Tadi pagi aku pergi kerja Tingkap semua dah aku buka,Mengapa pula mira tutup semula tingkap rumah ini?”Persoalan mulai timbul,aku segera melangkah laju ke pintu masuk rumah kami,lalu aku membuka pintu rumah.
Sayup-Sayup aku dengar suara Mira dari dalam biliknya,sesekali terdengar satu suara yang agak garau!
Tiba-Tiba Aku berasa tidak sedap hati!aku berjalan perlahan ke biliknya untuk mendengar suara itu lebih jelas,.
“Abang,..Nanti kita kahwin abang nak berapa orang anak??”Kedengaran suara manja Mira Menerjah Halwa Telinga Mak Midah!Berdesing Telinga Mak Midah Mendengar Perkataan “ABANG”!!
“Sah!!Memang Sah Lelaki!!Nanti kau Mira!!”Mak Midah Tidak Dapat Menahan Kemarahan Pintu Bilik Mira Di Buka Dengan Kuat Sekali Bagai Nak Roboh!!
“MasyaAllah Mira!!!Tergamak kau ya buat Maksiat!!!”Jerit Mak Midah Dengan Nada Yang Sungguh Kuat!
Lebih Mengaibkan Mira Dan Teman Lelakinya Langsung Tiada Seurat Benang pun!Hancur Hati mak midah melihat keadaan dan perlakuan Mereka Berdua di dalam bilik itu!
Tidak Semena-mena Mira Bangun Dari Atas Katil Di Biliknya,.
“Eh!Kau Dah Tengok kan !! Apalagi Kahwin kan jela kami!! Kata-kata mira sedikit pun tiada perasaan bersalah dan berdosa di dalam dirinya.
Api Kemarahan Mak Midah Semakin Membuak-buak,Mak Midah Gagal mengawal api kemarahan itu,Dia Keluar Melulu Dari Bilik anak gadisnya Dengan Langkah Yang Tidak teratur,Di dalam hatinya mahu mengambil parang untuk membunuh saja Manusia Manusia Syaitan Di Dalam Bilik itu,hatinya Cukup Hancur,Anak Yang Di kandungnya itu Tergamak Melakukan Dosa!
Mak Midah Kembali Semula Dari Dapur Dengan Parang Di Tangannya,Tetapi Kepantasan Mira Dan Teman Lelakinya Telah Meninggal kan Rumah Dengan Menaiki Motosikal Milik Teman Lelaki Mira.“Aku Sumpah kau Mira!!Aku tak kan maafkan kau!!Celaka lah hidup kau!!!,.Jerit Mak midah sambil anak matanya melihat Motor yang telah jauh meninggal kan halaman rumahnya mereka.
Mak Midah Meraung Di Tangga Rumahnya Sehingga Di Dengar para Jiran Tetangga nya yang terdekat,Dek Kerana Melihat Keadaan Mak Midah Begitu,Cepat-Cepat Para Jiran Tetangga Datang Ke Rumah Mak Midah.
Mak Midah Menceritakan Segalanya Tentang perlakuan Mira serta Teman Lelakinya itu,Para jiran tetangga sedaya upaya memujuk mak midah yang tidak henti-henti menangis.
Lebih Kurang Setengah Jam Kemudian,Datang Kelibat Kereta Peronda Polis Masuk Di Halaman Rumah Mak Midah,Mak Midah serta beberapa orang jiran yang dari tadi berada di rumah mak midah timbul rasa kehairanan,Apakah Mira Telah Di Tangkap?Siapa Pula yang Buat Aduan?Kerana Mak midah sendiri belum pergi lagi Ke Balai Polis untuk membuat laporan.
“Assalamulaikum,.Adakah ini Rumah Harmira Rashid?(Bukan Nama Sebenar)mak midah serta semua yang berada di situ menjawab salam dari salah seorang anggota polis lengkap Berseragam telah menghampiri mereka semua waktu itu.
“Ya ini rumahnya,Tapi kalau Encik nak saya jamin dia keluar,sampai kiamat pun saya tak mahu!”belum apa-apa lagi mak midah telah bersuara,marahnya masih belum reda.
“Maafkan kami ya,Kami datang bukan untuk meminta puan menjamin Beliau,Tetapi kami mahu puan segera datang ke Hospital untuk Mengesahkan mayat seorang gadis yang membonceng motosikal dan beralamat seperti di rumah ini.
“Berderau Darah Mak Midah mendengar penjelasan Anggota polis tersebut!
Suasana menjadi kelam kabut apabila mak midah tiba-tiba pengsan!jiran tetangga membantu agar mak midah sedar semula.
Apabila Mak midah telah tersedar,Mak midah hanya berkata,.
“Jangan Bawa dia pulang lagi ke rumah ini,..aku tak mahu menerimanya lagi walaupun rohnya telah tiada,.aku tak kan ampunkan dia,…”Berkali-kali mak midah merayu agar jangan sesekali jenazah mira Di bawa pulang ke rumahnya,Dia berkeras kerana dia sendiri masih belum mampu memaafkan mira.Puas Jiran Tetangga Memujuk mak midah tetapi hatinya tetap berkeras tidak mahu Jenazah Mira Di Bawa Pulang,
Akhirnya Jenazah Mira Di Uruskan Pihak Hospital dan sehingga kini,Mak midah yang telah berusia tidak pernah walau sekali pun menziarahi pusara Mira Anaknya.Lihatlah,Apakah Nasib Mira Di Akhirat Kelak?Sungguh menakutkan sekali bagi seorang anak jika ibu kandungnya tidak dapat memaafkan walaupun anaknya telah meninggal dunia.Apakah suatu hari nanti sebelum mak midah akan memaafkan mira?Wallahualam,.Hanya Mak midah yang mampu menjawab nya.
Semoga kisah yang di paparkan ini menjadi tauladan buat kita,hargai lah jasa dan pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu dan yang telah melahirkan kita ke dunia ini.
Hari ini,berapa banyak kata-kata kita yang telah menyinggung perasaan mereka?berapa banyak perbuatan kita melukakan hati seorang ibu?Seorang ibu bukanlah untuk di sakiti hatinya,seorang ibu bukan untuk kita luka kan,maka bahagiakan lah mereka selagi mereka ada di hadapan mata kita sepanjang hayatnya.
0 Response to "KISAH BENAR REALITI ANAK DERHAKA TERIMA PEMBALASAN AKIBAT BERZINA"
Post a Comment